Fun.Philippines : Day 2 (Part I) - Good morning Sagada!!
Friday, May 10, 2013
28/4/2013 : Sagada - Baguio
Fun.Philippines : Day I (Part II) - Echo Valley, Lumiang & Sumaging Cave
Fun.Philippines : Day I (Part II) - Echo Valley, Lumiang & Sumaging Cave
"korang, anjing bawa lari selipar aku..dua-dua belah.."
"hahaha..."
Pagi-pagi buter dah riuh-rendah. Memanglah si 'puppy' ne salah pilih orang untuk bermanja. Punyalah ramai orang yang ada tetapi kenapa saya juga yang kena? Arghhh, geramnya!!huhuhu. Haru sungguh. Mujurlah shahrul ada bawa extra selipar, kalau tidak sekali lagilah saya terpaksa berkaki ayam dalam tempoh beberapa jam ini.
Kami bergerak menuju ke Keltipan tower tepat jam 5.00am setelah usaha mendapatkan semula selipar saya itu berjaya. Menurut 'Jojet' sunrise bermula sekitar jam 5.45am. Dari homestay menuju Keltipan mengambil masa lebih kurang 20 minit - 45 minit. Tiba di Keltipan, suanana dah pun meriah. Entah jam berapalah derang keluar dari hotel masing-masing.
Ketibaan kami disambut dengan lautan kabus. Tenang sangat suasananya.
Matahari masih malu-malu saat ini.
Tunggu dan terus menunggu dan inilah yang kelihatan (waktu ini mood nak snap pics memang semakin merundum; asyik tukar setting tapi semuanya tak menjadi :P)
Matahari dah mula menunjukan diri - frust dengan gambar ini huhuhu.
Semakin tinggi..
Kabus semakin menipis dan ini yang muncul.
Oleh kerana masing-masing frust dengan hasil tangkapan, kami mengambil keputusan untuk beransur dari situ. Berhenti di beberapa tempat untuk rakam 'rol' yang kelihatan di celah-celah pokok tetapi tetap juga tak menjadi - arggghh awat semua tak kena hari ne??
Emm, 'rol' yang kurang menjadi.
Pija dengan dunianya.
Dari Keltipan, kami ke town sebab 'Jojet' nak cari kopi untuk breakfast. Follow ajelah boleh tumpang sekaki, kan? Kami kembali ke area St. Mary Church untuk kopi. Buat makluman kawan-kawan, di situlah letaknya terminal bus (jangan membayangkan yang hebat) kerana mereka cuma berteduh di balik pokok sahaja. Di sini jugalah terletaknya hospital dan balai bomba.
Sejuk-sejuk pekena kopi panas memang masyuk lah. Mereka menggunakan brown sugar dan tambahan susu cair bagi yang inginkan kopi susu. Sedap (saya memang alah dengan apa-apa jua yang berkaitan dengan kopi tetapi kopi di sini lain dari segi rasa dan baunya - baunya tak kuat). Secawan 10 pesos sahaja.
Makanan ini namanya 'patupat', 5 pesos/pc. Yang 3 segi itu rasanya macam pulut dakap kalau di Malaysia (pulut dimasak dengan santan dan brown sugar). Manakala yang dilipat segiempat tu pula pulut yang berintikan kacang tumbuk. Antara dua ini saya lebih suka yang berbentuk 3 segi itu.
Fire station - simple kan? Di sebelah kirinya hospital manakala di kanannya adalah kedai runcit (kalau tak silap saya).
View di pekan Sagada.
Trip kali ini memang tak banyak gambar yang dirakam. Mood nak pegang kamera memang takde. Frust bila tengok gambar-gambar yang ada huhuhu - rasa macam nak repeat aje tetapi mengenangkan keadaan jalanrayanya, tak sanggup.
*bersambung untuk Bomod-OK.
12 comments
lawak la selipar kena bwk lari anjing hahaha
ReplyDelete....cantiknya tempat nii....rare kot
hehehe..dia nak bermanja tu dzu tapi salah orang..
Deletewaktu sampai di situ pun dia nak buang perangai, mujur tak pengsan si puppy tu kena baling dengan tin kari daging hehehe..err bukan sengaja baling tapi terkejut dan terbaling semua benda di tangan...
sagada mmg cantik dzu..awak patut travel ke sini dan rasai sendiri keindahannya..
mana ada gambar tak ok, semua kebaboom jer...serius memang cantik!apa salahnyer merepeat, mesti depa dah upgrade jln nanti, hehe...
ReplyDeleteentahlah, Orga..kadangkala mmg ada rasa frust dgn hasil 'bedikan' sendiri...saya akan repeat kalau jalan yg bengkang bengkok tu dah diluruskan macam highway PLUS..hahaha..
DeleteCantik sungguh gmbar matahri sedang nak naik tu... wpon u kata gmbr u x jadik, tp cantik aja... sejuk ke kat kawasan ni..? nampak semua berjaket aja...
ReplyDeleteterima kasih Farikica...kawasan ini sgt sejuk especially malam dan awal pagi..
DeletePada mata saya serius gambar cantik sangat..rasa macam nak mintak buat wallpaper
ReplyDeleteterima kasih, smile..err nak gambar yang mana satu? ;)
Deletepatupat = ketupat? hmm...
ReplyDeletepatupat = pulut dakap = lupis....:)
btw, 25hb kami ada rencana hiking ke Sibayak...nak ikut? hehe..
yup, ketupat dalam bahsa melayu nya..
Deletesponsor tiket, ya??yeayyyy!! hahaha
Menarik pemandangan sunrise!
ReplyDeleteerr terima kasih Janggel..kenapa mata saya lihat sebaliknya???huhuhu
Delete