Miri - Brunei: Part I

Thursday, May 09, 2013

Saya tak ingat bila tiket ke Miri ini kami beli; yang pasti tahun lepas. Untuk tiket pergi, disponsor oleh tasyha sebagai hadiah birthday (tq beb), manakala tiket Miri-KL saya beli seminggu sebelum berangkat. Itu pun hangus RM2++ sebab tersalah beli tiket. Seharusnya tiket Miri - KL yang saya beli tetapi dok kelam-kabut dengan macam-macam benda tiket KL - Miri yang saya beli waaaaaaaaa..(duit tu boleh buat makan sebulan huhuhu)

Itinerary? Takde itinerary pun sebab tasyha dan shahrul dah boleh dikira otai Miri. Mana taknya masing-masing dah 5 tahun berturut-turut dok berulang ke Miri. Jadinya, trip kali ini kami (saya dan wani) hanya follow aje apa yang dah mereka rencanakan.
Budget kami untuk 4 hari 3 malam, RM375 untuk Miri sahaja manakala untuk Brunei perbelanjaan kami cuma $30.

07/03/2013
Kami menaiki 1st flight ke Miri dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam 30minit. Alhamdulillah, perjalanan pagi itu berjalanan dengan lancar dan mendarat dengan selamat di Airport Miri. Bergegas keluar, Hani temannya tasyha dan pun menunggu kami. Dari situ kami terus bergerak menuju sekolah tempat Hani bertugas untuk mengambil kereta (wish) yang kami sewa dari ustaz dengan sewa RM360 untuk 4 hari.  Settle urusan kenderaan, kami terus menuju ke Dragon Inn, Miri dengan harga RM128/night (family room untuk 4 orang).

Kitaorang memang takde plan khusus hari ini. Dari hotel kami menuju ke Bintang Megamall, Miri untuk layan movie. Hah?? Datang jauh-jauh semata-mata nak layan movie?? hehehe. Ala santai ajelah. Tak lari ke mana pun bandar Miri tu hehehe. Jadinya, tengahari tu kami layan Jack and The Beanstalk. Bestnya sebesar-besar panggung tu, cuma diisi dengan 6 orang penonton sahaja hehehe.

Ramai yang kata, sunset di Miri merupakan yang terbaik. Jadinya, sayanglah kalau ke Miri kita tak layan moment indah ini.. Jadinya petang itu, kami dibawa terus ke Luak Bay untuk melayan sunset tetapi sayangnya keadaan kurang bagus; awan sangat tebal jadinya tiada sunset petang itu huhuhu.


Untuk menebus kekecewaan, kami bergerak menuju ke Luak Esplanade untuk makan-makan. Saya kira memang masing-masing lepas geram petang tu. Semua benda kami order. Dari ketam, sotong, udang, sate, ikan; hah ko sampai tak terhabis dibuatnya gara-gara dah kekenyangan hehehe. Tapi harga memang murahlah; dengan macam-macam menu harganya cuma RM115 untuk 5 orang makan.

Sedap satenya. Rasanya pun berbeza dengan sate di Semenanjung. RM0.60/cucuk.

Perut dah kenyang, kami singgah dahulu di Canada Hill untuk lihat view Miri di waktu malam dan selepas itu terus bergerak menuju ke hotel untuk berehat.

View bandar Miri dari Canada Hill

*1st day mmg tak byk gambar, takde mood nak pegang kamera. Gambar2, kredit to tasyha.
*bersambung

You Might Also Like

3 comments

  1. Wow, satay tu nampak sedap sgt! Hehe. Rasa satay miri lain daripada satay kajang? I've never been to Miri before although I used to stay in Kuching hehe!

    x, Farah

    ReplyDelete
  2. Wah cantik pemandangan bandar Miri dari Canada Hill pada waktu malam. Saya naik waktu siang je...

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka kalau pegi tempat org tgk movie, tapi kadang2 tu takut jugak..hehe

    ReplyDelete

Subscribe