Day 3 : Menuju Jeju Island
Tuesday, November 26, 2013
Sambungan dari sini -> Day 2 : Part II
Impian nak tengok sunrise di Haeundae Beach memang tak kesampaian gara-gara kesiangan. Selepas bersiap dan breakfast, kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar Haeundae. Best pula suasana di Haeundae pagi ini. Dengan cuaca yang sedikit dingin, daun-daun yang sudah bertukar warna memberikan suasana segar. Satu yang saya perasan, backpacker hostel memang bersepah di sekitar Haeundae ini; sebut aje nak yang macam mana dan mengadap ke mana, semuanya ada.
Jom jalan-jalan.
Jom jalan-jalan.
Must try, sedap!!
Kita ke pantai pula; cuaca sangat baik hari ini.
Seterusnya menapak ke Busan Aquarium, geleng kepala bila melihat bayaran yang dikenakan. Mahal giler ok!! 21,000 won/person; baik layan Aquaria, KLCC yang sampai la ne tak singgah-singgah pun. Dari sini kami ambil keputusan untuk berpatah balik ke hostel.Cukuplah, nak berkejar ke airport pula tengahari ini.
Kami agak bernasib baik kerana diberi kebenaran untuk menyediakan lunch walaupun sudah pun check out. Ini antara sebab kenapa saya rekeman The New Day Hostel buat kawan-kawan. Pekerjanya tak berkira macam di sesetengah hostel. Sempatlah tanak nasi dan panaskan lauk untuk mengalas perut.
Dari hostel kami bergerak ke Haeundae Koral Station untuk membeli tiket KTX - Seoul ke Busan dengan harga 54,400 won. Station ne terletak bertentangan dengan stesen subway Haeundae, Exit 1. Untuk KTX memang kitaorang tak book secara online. Lebih mudah ke kaunter aje. Lagipun kami masih ada banyak hari lagi sebelum menempuh perjalanan kembali ke Busan dari Seoul. Petugas kaunter boleh berbahasa Inggeris tetapi agak basic; masih boleh faham apa yang cuba disampaikan.
Masalah dalam mencari terminal bas ke Gimhae. Bila bertanya pada local people, arahan adalah berbeza-beza. Semuanya kerana bahasa. Memang agak mencabar travel di sini kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka sangat terhad. Namun, extra kredit kepada mereka ini kerana masih sudi membantu walaupun sepatah haram mereka tak faham apa yang cuba kami sampaikan. Oleh kerana dah tersesat akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengikut gerak hati dan akhirnya berjaya jugalah bertemu dengan terminal bas yang sepatutnya :D. [satu yang kawan-kawan perlu tahu, di Haeundae ini terdapat banyak terminal bas menuju ke pelbagai destinasi, jadinya awas jangan sampai tersilap terminal]
Direction
Dari The New Day Hostel, make sure ambil arah ke kanan (jangan pula patah balik ke subway Haeundae Station).
Jalan terus sampai ke hujung jalan (ada traffic light di situ), belok ke kanan (jangan menyeberang jalan).
Jalan terus sampai jumpa beberapa kedai kosmetik. Make sure The Face Shop dan GS25 berada di bahagian kiri. Terus belok ke kanan (simpang empat) dan di situlah letaknya terminal bas menuju ke airport.
Kalau nampak Riviera Hotel maknanya kalian berada di terminal yang betul.
Tunggu aje bas di hadapan kedai 2nd Zenith ini. Tambang bas, 1,200 won.
Part paling best, jarum jam dah pun beranjak ke 1.15pm dan bas baru bergerak meninggalkan terminal menuju airport. Dengan traffic yang agak sesak hari ini, risau jugalah mampu ke tidak untuk tiba on time di Gimhae.
Tiket flight kami beli sekitar bulan Jun tempohari. Untuk Busan - Jeju, kami mendapat tiket promo dengan harga 35,400 won manakala untuk Jeju - Gimpo, tiket berharga 56,400. Perjalanan menuju Jeju berjalan lancar. Sangat selesa terbang dengan Air Busan
Tak panas pun montot, dah tiba di KT Kumho. Sekali lagi tasyha yang menguruskan kesemuanya, kami hanya lepak di luar office.
Kereta dah ada, kami terus bergegas menuju ke Doldam Guesthouse, Seogwipo. Dah lewat sangat untuk singgah di mana-mana. Tiba di Doldam, check in, rehat sekejap, dinner dan zzzzzzzzzzz. Hari yang panjang. Kami capek....
Inilah kenderaan kami sepanjang 4 hari di Jeju (139,000 won/4 days)
Doldam Guesthouse (18,5000 won/night)
*bersambung
12 comments
time sewa kete tu dpt x free egg utk wifi dlm kete? aritu sy tak dapat, tp kawan sy pegi sana dpt lak. mybe dah abes stock kot time tu.
ReplyDeleteyupp derang ada bagi secara percuma...memmang best part tu dan sangat membantu.
DeleteSalam zila..ingat nak ke busan aquarium tspi bila kali 6 org..terus pergi makan dekat masjid busan..restaurant halal morocco♥.
ReplyDeletekan nekcik?? mahal giler...baik layan seafood di jagalchi, lagi puas hati hehehe...owqhh masjid tak sempat singgah wpun ada dlm itinerary..Insyallah, soon blh singgah ke masjid pula..
Deleteyay... xsbr nk tgk activity kt jeju especially kt Hallasan. weee
ReplyDeleteamboi!!hahaha...dalam byk2 tmpt kat jeju, Halllasan lah paling tersempat di hati :D
Deletemmg la..dahkene jerit andwaeeee.. haha
Deleteokey noted..nanti kalo sampai sana kena try coffee tuh sebab ms pengemar coffee yg tegar hihi
ReplyDeleteyupp wajib try sebab sedap..saya memang tak berapa suka coffee tapi yang ini saya boleh minum dgn senang hatinya..yg penting kepala tak sakit ;-)
DeleteHi macamana nak beli tiket busan ke jeju??
ReplyDeleteHi goroyen,
DeleteTry masuk website Jeju Air, Air Busan, Korean Air atau Asiana...pembelian adalah menggunakan kredit kad..
good luck :-)
Sewa kereta perlu international license to drive x at jeju tu??
ReplyDelete