Day 4 : Jeju ~ Manjanggul Cave & Seongeup Folk Village (Part II)

Tuesday, December 03, 2013


Dari Seopjikoji, perjalanan diteruskan menuju ke Manjanggul Cave. Agak bermasalah sebenarnya untuk mencari lokasi ke sini walaupun berpandukan GPS. 
 
Tak tahulah kat mana ne..

Manjanggul Cave (만장굴 [유네스코 세계자연유산])
Terus-terang, saya langsung takde idea untuk berkongsi pengalaman menarik mengenai cave ini. Terasa macam tak singgah pun tak mengapa. Kami hanya mengikut trek yang sedia ada, berjalan sehingga pertengahan gua dan selepas itu kami mengambil keputusan untuk berpatah balik. Entahlah, mungkin silap kami kot kerana tidak menghayati apa yang ada di sini. 
Sedikit info mengenai cave ini:

" one of the finest lava tunnels in the world, and is a designated natural monument. A lava tunnel is formed when the lava that was deep in the ground spouts from the peak and flows to the surface. Manjanggul Cave has a variety of interesting structures inside including 70cm lava stalagmites and the lava tube tunnels. Only 1km of the 13,422m Manjanggul Cave is open to the tourists..." [google]

Admission fees : 2,000 won
Parking : Free

Dari cave, kami bergerak menuju ke Seongeup Folk Village. Kenapa dalam banyak-banyak traditional village yang ada di Jeju, Seongeup Folk Village yang menjadi pilihan? Sebab utama, tiada bayaran masuk yang dikenakan. Alasan kedua kerana lokasinya yang tidak jauh dari Manjanggul Cave. Dah boleh jimat masa di situ. Namun, sebelum ke lokasi tersebut kami singgah di 7Eleven untuk mengisi perut. Lapar wooo, dah satu hari tak pekena nasi.
 
 Dalam perjalanan menuju ke Pyoseon-Myeon

Ada pengalaman best di 7Eleven ini. Biasalah bab bahasa memang menjadi halangan dan dek kerana itu juga kami mengambil kesempatan mempergunakan kemudahan yang ada di 7E ini secara percuma hehehe. Yelah, dah susah sangat nak faham apa yang kami cuba sampaikan huhuhu. Bermula dari instant rice yang kami beli. Specialnya nasi ini, cuma buka sedikit penutupnya dan masukkan ke dalam microwave selama 3 minit dan tinggggg, sedia untuk dimakan.
 Ini sahaja mart yang kami jumpa sewaktu menuju ke Folk Village.

Kelima-lima nasi dah pun tersedia, kali ini kami ambil pula lauk-pauk yang ada dan panaskan menggunakan microwave yang sediada. Hah, bab ne memang kami curi-curi guna tapi rasanya mamat cute tu perasan kot kami menyalahgunakan microwave yang ada. Nak marah pun susah jugakan?hehehe. Bukan satu lauknya, tapi ada 3 lauk yang kami panaskan iaitu daging dendeng, ayam kari Berahim dan sambal ikan bilis. Untuk minuman pula, kali ini kami meminta izin untuk memenuhkan 5 biji cawan dengan hot water untuk milo. Agak-agak kalau ke negara sendiri boleh ke buat macam ne? hehehe. Gara-gara sikap baik hati mamat cute inilah, kami kembali semula ke kedai ini keesokan harinya :D.
 
Instant rice ini berharga 1,200 won

Lauk-pauk semua dah ready, kami berkelah di bangku yang disediakan di tepi bangunan 7E ini. Keras-kejung dibuatnya lebih-lebih lagi dengan air yang agak kuat bertiup petang itu. Lapar punya pasal kejung pun kejunglah, selamba dok tahan kesejukan asalkan perut terisi.
 
Nampak aje sikit tapi termengah-mengah nak habiskan kesemuanya.

Settle menjamu selera, ucap terima kasih pada mamat cute itu dan bergerak menuju ke Folk Village. Memang dah gelap-gelita time ne so nak jalan-jalan apanya hehehe. Kami ambil keputusan untuk kembali ke Doldam. Takpelah, esok masih ada untuk jalan-jalan di Folk Village ini. Tiba di Doldam, prepare dinner (masih lauk yang sama seperti siangnya) dan zzzzzzzzzzzz. Kena tidur awal sebab esok nak buru sunrise.

*bersambung

You Might Also Like

4 comments

  1. kalu mamat 7E tu membebel pun bukannye korg paham.. hahahaahah

    ReplyDelete
  2. Nampak lazart je makanan di akhir gambar tu. Kalau kat obersi makan macam tu pon jadi nikmat berganda kan.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...apakan daya..nak tak nak gunakan kemudahan microwave yg ada..korea ni best sebab senang nk cari nasi instant..laki aku la yg paling bahagia sekali kekekeke..

    ReplyDelete
  4. Nasinya besar-besar dan nampak gebu ya....macam sedap je :)

    ReplyDelete

Subscribe