Day 5 : Jeju ~ Ilchulbong, Samdal Wind Farm & Seongeup Folk Village (Part I)
Wednesday, December 04, 2013
Previous entry di sini -> Day 4 : Jeju ~ Manjanggul Cave & Seongeup Folk Village (Part II)
Hari baru di Jeju.[entry kali ini memang banyak gambar..]
Seawal 3.30am dah pun bangun. Maklumlah, kata nak buru sunrise di Ilchulbong Sunrise Peak. Haruslah bangun awal ia dak? Itu pun liatnya nak bangun. Rasa macam baru aje dah terlelap dah kena bangun semula untuk aktiviti seterusnya.
Dalam 4.30am, kami dah bergerak menuju destinasi.
Seongsan Ilchulbong Peak
Takde perkara yang mudah untuk menyaksikan keindahan sunrise. Di sini, kami perlu menapak di anak-anak tangga yang disediakan untuk tiba di peak. Katanya hanya memakan masa 50 minit (return) tetapi nan-adolah. Walaupun takde lah setinggi mana pun tetapi tetap pancit lebih-lebih lagi menapak di dalam suhu yang sejuk dan angin bertiup agak kenyang. Memang rasa macam nak patah balik aje sebab dah tak boleh nak rasa jari tangan huhu.
Apa-apa hal, perkara wajib perlu diselesaikan terlebih dahulu. Oleh kerana angin yang bertiup agak kencang pagi ini kami ambil keputusan untuk solat di dalam kereta sahaja. Settle, barulah perjalanan sebenar ke peak diteruskan. Time ne keadaan dah agak cerah dan sah-sahlah pecut macam mana pun kami tak boleh nak kejar sunrise. Satu lagi perkara yang membuatkan kami agak santai bilamana keadaan di langit di penuhi awan tebal. Sahlah memang takde sunrise hari ini. Tetapi dah alang-alang sampai, teruskan ajelah sampai ke peak.
Seperti yang dah dikata, ini ajelah yang kelihatan. Sunrise memang tak kelihatan.
Tiba di peak memang sesak dengan pemburu sunrise walaupun keadaan sekeliling dah agak cerah. Memang takde rezekilah, kan?? Oleh kerana kami malas nak bersesak turun, kami mengambil keputusan untuk lepak aje di situ sambil layan breakfast. Dalam dok asyik pekena roti, tiba-tiba muncul matahari di depan kami. Walaupun dah naik tinggi tapi oklah dari takde. Sekurang-kurang dapat jugalah 'sesuatu' setelah gigih memanjat anak-anak tangga yang ada.
Muncul sekejap aje lepas tu kembali menyorok disebalik awan huhuhu
Setelah puas melayan suasana sekeliling dan mengabiskan sebuku roti, kami ambil keputusan untuk bergerak turun. Suasana pun dah agak lenggang sebab ramai yang dah turun lebih awal dari kami.
Katakan tidak dengan anak tangga! huhuhu
Layan gambar.
Parking : 1,000 won
Next destination adalah Seongeup Folk Village - repeat balik tempat ne.
Dalam perjalanan menuju ke Folk Village ini kami sempat membuat aktiviti memburu lalang dan windmills hehehe. Bukan apa, cantik pula tengok warna lalang dek kerana autumn. Ini pun, kami main stop aje di mana-mana tempat yang kelihatan cantik.
Dengan lalang pun jadi, kan? hehehe
Samdal Wind Farm
Hah, memang takde plan pun nak singgah sini. Ter'sampai' di sini gara-gara dok memburu windmill yang ada sewaktu dalam perjalanan menuju ke Folk Village. Cantik woo sepanjang perjalanan menuju ke lokasi windmill ini. Sunyi dan sepi pun ia juga sebabnya hanya sesekali sahaja kereta akan melalui jalan ini. Kami belasah masuk ajelah ke kawasan ladang tetapi tidak dapat pergi dekat kerana kawasannya telah dipasang pagar.
Sedikit into tentang lokasi ini:
"owned by Hashin Energy. This farm having the total capacity of 33MWh with 11 sets of Vestas 3MWh turbines of which commercial operation has commenced in Oct. 2009, generating power equivalent to the electrical power consumption by 20,000 houses and contributing to the earth environment by reducing the greenhouse effect gas emission by 56,000 ton per year.."
Seongeup Folk Village
Kembali ke lokasi yang sama. Apa yang best hari ini, cuaca yang mendung tiba-tiba berubah menjadi baik. Langit membiru, memang bestlah cuma agak sedikit dingin.
Lokasi Folk Village ini terletak di kaki Mt. Halla (our next destination). Ada tour guide di sini tetapi macam biasalah mereka hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea sahaja huhuhu. Kitaorang sempatlah tawaf sebahagian daripada kawasan ini. Untuk menghabiskan keseluruhannya memang tak mampulah sebabnya kami akan menuju ke Sangumburi Crater dan try trekking di salah satu trek yang ada di Mt. Halla untuk memburu dedaunan yang berwarna-warni konon (yelah dah tempat lain semuanya daun masih kekal hijau huhu).
Admission fees : Free
Parking : Free
4 comments
mentari pagi...malu2 di balik awan....
ReplyDeletezilla..mane entry pasal bangkok trip? duk klik xde apapun. hehe.
trip bangkok saya peram sampai jadi pekasam hehehe
ReplyDeletenice..bila la saya boleh sampai ke sini..huhuhuu
ReplyDeletesatu hari nanti...mana tahu, kan?? ;-)
Delete