Day 5 : Jeju ~ Sangamburi Crater, Hallasan & Jusangjeolli Cliff (Part II)

Saturday, December 07, 2013

Dari Folk Village kami bergerak menuju ke Sangumburi Crater. Opps sebelum tu, sempatlah singgah di 7Eleven yang sama kami singgah hari sebelumnya untuk mencari nasi. Apa-apa hal pun, perut kena isi dulu, betul tak?

Perjalanan menuju ke Sangumburi mengambil masa dalam sejam jugalah. Tiba di sini hati dah start teruja. Aduhh cantiknya bila daun-daun dah bertukar warna dari hijau kepada pelbagai warna. Aura 'autumn' barulah dapat kami rasai di sini.

 
Ini di parking lot Sagumburi Crater.
 
Hah, giler jakun!! :D

Dah puas bergambar di parking lot barulah kami bergerak menuju ke kaunter tiket. Haish!! Tetiba mood rasa menjunam. Bayaran masuk adalah 6,000 won!! Walhal dah tercatat dalam website cuma 3,000 won. Terus-terang memang diluar budget kamilah. Cukuplah bergambar di main entrance aje. Frust sangat terpaksa lepaskan Sangumburi tetapi nak buat macam mana. Kami masih ada 6 hari lagi di South Korea.. Lain kalilah kot singgah di sini (itu pun kalau tergerak hati nak singgah di Jeju).
Main entrance Sangumburi Crater. Kalau sukakan aktiviti trekking, sini wajib singgah.

Lupakan kisah di Sangumburi, jom kita bergerak menuju ke Mt.Halla untuk mencari kejutan.

Kalau kawan-kawan singgah di website Hallasan National Park, di situ ada disenaraikan 7 trek utama yang boleh dicuba. Untuk tiba di puncak Hallasan itu sendiri mengambil masa sekitar lebih kurang 9 jam (return). Oleh kerana kami mempunyai masa yang agak terhad di Jeju dan tak prepare pun dengan kelengkapan untuk mendaki, jadinya setelah membuat sedikit research untuk setiap trek yang ada kami membuat keputusan untuk mencuba Seokgulam Trail kerana treknya yang simple (1.5km) dan kedudukannya yang dikatakan tidak jauh dari Sangumburi. 

 
Hallasan Trails [kredit : Hallasan National Park]

Seokgulam Trail
Located in Aheunahhopgol valley. From Cheongwangsa Temple on road 1139 walk through the cedar forest road for 10 min. Trek start next to the military cemetery parking lot.

Masalahnya sekarang bukan mudah untuk mencari trek ini. Sesat dan terus sesat namun bayang Aheunahhopgol Valley langsung tak kelihatan. Bayang Heonwangsa Temple lagilah entah di ceruk mana. GPS pun tak dapat nak baca kedudukan lokasi ini  Signboard  memang sampai ke sudah tak kelihatan. 
 
Sesat hingga ke Classic Golf & Resort. Siap berhenti di sini untuk ambil gambar huhuhu
 
Tak tahulah kat mana ne. Rasa cantik singgah aje. 

Setelah berkali-kali sesat akhirnya kami ambil keputusan masuk ajelah di mana-mana simpang asal tiba di kaki gunung Halla huhuhu. Memasuki simpang ini terasa seperti berada di dalam filem Twilight berharap Jacob akan muncul secara tiba-tiba. Kiri-kanan penuh dengan pokok pine, ikut instinct rasanya kami dah pun berada di kaki gunung Halla cuma takde idea di trek yang mana satu. 
 
Tiba di satu lokasi yang tak tahulah di mana, kelihatan di balik pepohon pine pelbagai warna indah. Apa lagi, patah balik dan kami stop di situ. Wahh, kali ini lebih parah jakunnya. Rasa macam nak gigit-gigit daunnya yang ada gara-gara teruja ajinomoto aje ne hehehe. Makin jauh ke dalam kami berjalan makin indah warnanya.
Walaupun sesat berkali-kali, bila lihat view seperti ini terasa sangat berbaloi.
 Misi berjaya, Alhamdulillah

Kebetulan waktu kami tiba di sini ada satu group photographer tempatan turut berada di sini dan kami hanya follow mereka sebab tak berapa nak yakin awalnya betul atau tidak trek yang kami ambil ini.
 
Air terjun yang dah kering. Nampak misteri sangat tempat ne dan kami diiringi oleh beberapa ekor burung gagak sepanjang berada di sini.
Konon kutip nak bawa balik untuk dijadikan penanda buku tetapi dek kerana tak sedap hati kami buang kesemuanya, tak sanggup nak bawa balik.

Puas berada di sini, kami bergerak menuju ke Jusangjeolli Cliff, Seogwipo. Perjalanan yang panjang, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang terik. Bayaran masuk adalah 2,000 won dan tambahan 1,000 won untuk parking. Waktu kami tiba di sini, memang sesaklah dengan pengunjung. Nak bergambar pun susah, siap kena halau lagi sebab menghalang mereka bergambar huhuhu.
 
Subhanallah, memang indah sekali tempat ini.

"The Jusangjeolli are stone pillars piled up along the coast and is a designated cultural monument of Jejudo Island. The Jusangjeolli was formed when the lava from Mt.Hallasan erupted into the sea of Jungmun. They are rock pillars shaped like cubes or hexagons of various sizes and almost seem as if stonemasons had carved them out.." [visitkorea]

Memang tak terjangkau dek akal bila melihat struktur batuan yang ada di sini.

Dari Cliff kami kembali ke Doldam Guesthouse. Kali ini try singgah di beberapa pasaraya yang ada untuk mencari seafood tapi memang tak dapatlah. Tak tahulah kenapa. Agaknya orang-orang di Jeju memang tak makan seafood kot huhuhu.

Sempat layan sunset dari bilik dan terus prepare dinner. Menu malam ini spaghetti (mana pula nak cari mee, jadi kami ganti dengan spaghetti) bandung menggunakan perencah segera mee bandung. Oleh kerana takde seafood, kami gantikan dengan telur ayam aje.

 Nyumm..nyumm..nyummmmm.

* bersambung untuk hari terakhir di Jeju

You Might Also Like

9 comments

  1. Unik betul formasi batu-batu tu, macam dibuat pulak...

    Spagheti bandung... good idea... boleh tiru ni..

    Fuh lamanya cuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama ke? kalau tgk kalendar takde pun, En. Mie...11 hari travel tapi cuma apply 4 hari shaja annual leave...

      yupp, silalah tiru..bukan takat perencah mee bandung, perencah mee jawa pun kami angkut...semuanya kami gantikan mee tu dgn spagethi...

      Delete
  2. cantik sungguh dedaun berwarna-warni tu... tak sia-sia sesat... hehehehehe..
    btw, sewa kereta kat sana brp won sehari? kena guna int driving license ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, tu perli ke apa cheq?? :D
      utk kereta, 4 hari di Jeju totalnya 139,000 won dan utk drive di sana memang kena ada int license..boleh buat dgn harga RM150..

      Delete
  3. Zila cantiknya gambar gambar yg di rakam..mcm tak puas puas tengok

    ReplyDelete
  4. Dedaunan yang begitu langka setelah saya lihat gambar warnanya beda,

    ReplyDelete

Subscribe