Winter Trip : Day 1 (Part I) ~ Anapji Pond, Gyeongju
Wednesday, February 19, 2014
Dari guesthouse kami menapak menuju ke Anapji Pond. Menurut owner guesthouse, ianya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja untuk tiba. Menapaklah dengan berpandukan map yang diberikan tapi entahlah, sesat entah ke mana. Samada kami yang tak reti baca map atau map tu sebenarnya yang tak betul (hehehe) dan dengan bantuan seorang ahjumma kami berjaya mencari jalan utama menuju ke Anapji.
Tak tahulah apa namanya kuih ne tapi rasanya sebiji macam bahulu cuma ianya berintikan kacang merah. Ahjumma yang bagi waktu kami bertanya direction ke Anapji. Bila dapat tahu kami dari Malaysia terus dia masuk ke kedainya dan serahkan kami kuih ini; sebagai bekalan katanya. Layan hehehe (rezeki jangan ditolak, betul tak?)
Dari Daeneungwon Park kami berjalan menyelusurinya hingga ke hujung hingga bertemu signboard untuk Anapji Pond dan Gyerim Forest. Direction, 800m tetapi jaraknya dah macam 2km; jauhnya. Tak larat!!!
Bayaran masuk adalah 2,000 won/person. During winter, ianya dibuka dari jam 9.00am hingga 10.00pm. Sila datang waktu sunset untuk view yang superb.
Terus-terang, kami memang teruja untuk masuk Anapji. Kenapa? Sebabnya kami membayangkan setiap sudut kawasan ini akan diselaputi salji tapi keciwanya; apa pun takde hahaha!!(*nangis). Lake pun baru nak membeku. Alahai, agak-agak kena repeat ke??hehehe.
Sebahagian lake yang baru nak membeku. Terkesima jap di sini sebab inilah pertama kali berhadapan dengan view seperti ini. Lebih terkesima bila melihat ikan-ikan berenang dibawah permukaan yang membeku...Indahnya ciptaan-Nya..
"Anapji Pond was built during the 14th year of King Munmu (in power 661-681 AD) of the Silla Kingdom (57 BC-935 AD). The pond was originally built in Wolseung Fortress (erected in 101 AD during the Silla period), but the fortress was destroyed and now lies in ruins. In 1974, an excavation project revealed large spherical shapes (measuring 200 meters in diameter and 180 meters in height) which indicated that 3 islands had been located in the pond"
[source : visit Korea]
[source : visit Korea]
Layan beberapa keping gambar.
Kami beredar dari kawasan ini bila dah tak tahan dengan suhu yang semakin drop. Tangan dah tak rasa apa, hidung pun dah start berair; sejuk beku. Dalam kesejukan itu kami kembali ke Gyerim Forest. Kononnya nak masuk 'hutan' tapi bila tengok suasananya memang tak beranilah. Meremang dan agak menyeramkan, jadinya tunggu siang ajelah kalau nak masuk kawasan ini. Kami cuma selusuri kawasan luar Gyerim Forest dan menapak terus ke guesthouse.
Cheomseongdae Observatory - terletak di bahagian luar Gyerim Forest. Shoot dari jauh aje sebab nak cepat-cepat sampai guesthouse. Tiada bayaran masuk dikenakan.
Pokok-pokok yang kelihatan, itulah Gyerim Forest. Sangat sesuai untuk buat photoshoot waktu matahari terpacak atas kepala. Yang kelihatan seperti bukit-bukau tu pula bukannya busut tetapi kubur (next entry saya share info mengenainya)
Suasana di sekitar Observatroy. Memang meriahlah waktu malam. Ada macam-macam aktiviti di sini yang boleh dilakukan.
*bersambung
19 comments
dan ms pun terkesima menatap gambar-gambar yang sangat cantik nie!
ReplyDeleteapakah kena pergi semua musim ke sana??? huhu mana mau cekau duit bebanyak
mrs.smile, terima kasih..gambar2 tu tak cantik pun (senget-benget) tapi suasana sebenarnya yang cantik...kalau nak repeat semua musim, bankraplah hahaha...
Deletecanyik cantik gamba Zilla...jom kita repeat winter sonata!!
ReplyDeletenekcik, jommmm!! hehehe
Deleteaduhaii...cantik tul gambar..camera saya sure takleh nak snap gambar secantik ni..hehe.
ReplyDeletemana2 kamera pun boleh, zila..gambar ne subjektif..tak perlu melihat pada berapa mahal atau hebatnya sesebuah kamera tetapi perlu melihat pada outputnya... *cewah, bercakap macam hebat je kan?? hahaha
DeleteSubahanallah Zilla... cantik sungguh ciptaan Tuhan... kreatif sungguh zilla ambil gambar -gambar ni ye :)
ReplyDeleteterima kasih, kak...
DeleteZila...cantiknya.
ReplyDeleteRasa nak ikut awak pegi travel jer huhuhu.
terima kasih..Insyallah, ada rezeki manatau satu hari nanti kita blh travel sesama :-)
DeleteLawanya Anapji time malam. Aku gi aritu petang. Niat nak stay sampai malam tapi risau kang sesat nak balik bas terminal satu hal. Berjalan kaki lak tu dari Anapji. Kena repeat! Untuk dapat view pond ni covered ngan snow.
ReplyDeletesempat tak layan sunset kat situ? kitaorang siap plan nak repeat ke anapji keesokan harinya..tp bila fikir balik kena menapak sikit pun jauh..terus tak sanggup hahaha..
Deletenak repeat??ikut!!! hehehe
Adoiiiiya lawa sgt gambar tu!!!
ReplyDeleteterima kasih, syeida
Deletejelous lahhhh :)
ReplyDeleteasal pula?? bukan awk juga blh singgah di situ?? ;-)
DeleteBaik nya ahjuma tu..Apa?..View waktu malan cantik betul penuh ccahaya lampu then Zilla pun pandai cari angle..semua gambar cantik..kalau camtu...biar sampai sana petang boleh layan sunset...pastu tunggu sampai mlm..dlm2 nyk entry ceiter ke korea..tak ramai yg story ke sini..mmg ada kelaian..Zilla pegi tempat yg ramai tak pergi lagi..ni festime JM tahu..rupanya Korea ni byk spot menarik lah..oh Koreaaaa!!!
ReplyDeleteorg sana mmg ramah2..bila tahu kita dari msia, siap ckp lagi "msia very good..i**** not good.." kembang jugalah sebab reputasi org2 kita di sana agak baik...
Deleteanapji mmg lokasi utk hunting sunset...but make sure bawa tripod..
a ah laa... baiklah ahjuma tu... siap bagi bekalan.. hihi.. rezeki2...
Deletegamba zilla mmg cantik ok.. pandai betul amik snap.. =)