Day 8 - 10 : Suwon

Wednesday, April 09, 2014

31.01.2014 - 02.02.2014 : Suwon

Winter Trip : Hwaseong Guesthouse, Suwon

Aktiviti di Suwon memang santai habislah. First day memerap di guesthouse sebabnya dari pagi sampai ke malam hujan turun tak berhenti. Cuma malam tu ajelah saya sempat keluar sat ke Padalmun untuk ambil gambar. Tu pun tak lama sebab kena follow dengan 2 lelaki.
 
Yang line warna merah tu merupakan Hwaseong Trolley Route
 
Hari kedua, masih juga hujan. Otak pun dah tepu mengadap tv yang tak tahu apa biji butirnya jadinya lepas aje breakfast kitaorang ambil keputusan redah ajelah hujan. Mujurlah renyai-renyai. Kali ini tak try keliling Hwaseong Fortress. Rugi rasanya kalau ke Suwon tidak singgah di sini. Satu pesanan tanpa penaja, bertabahlah kalau berhajat dan tawaf kawasan ini; giler besar kawasannya dan ada kalanya kena daki anak bukit dan anak tangga. Kitaorang ambil masa 4 jam untuk tawaf sebahagian dari kawasan ini. Separuh lagi, err lain kali lah. Tak larat.

Kami bermula dari Mt.Padalsan sebab lokasinya berdekatan dengan guesthouse. Untuk tiba ke puncak Mt.Paldalsan ne kena daki berpuluh anak tangga; semput nyawa huhuhu. Tiada bayaran masuk yang dikenakan. 
Patutlah orang Korea ne halus-halus kakinya, mana-mana tempat penuh dengan anak tangga huhuhu

Untuk yang berminat, ada juga tour tapi tak sure start dari mana (mungkin juga di Janganmun sebab ada nampak kaunter tiket di situ):

Suwon Hwaseong Tour
9.00am - 6.00pm (summer)
9.00am - 5.00pm (winter)
Fare : 1,000 won

Free Pass Ticket (4 places)
* Hwaseong Fortress, Hwaseong Haenggung, Suwon Museum, Suwon Hwaseong Museum
Fare : 3,500 won
 
Ada dua lokasi menarik di puncak Mt.Paldalsan iaitu Seojangdae dan Bell of Hyowon. Memang bergema ajelah atas tu sebabnya pengunjung dibenarkan untuk menggunakan bell tersebut. Kitaorang tak singgah pun melihat bell sebabnya kami memilih laluan bertentangan untuk turun dari Paldalsan.

Seojangdae/Hwaseong Jangdae 
 
Laluan turun/naik dari Seojangdae ke/dari Hwaseomun.
 
View dari Mt.Paldalsan; kabut agak tebal saat ini.

Buat makluman kawan-kawan, ada 10 gate utama/terkenal di fortress ini iaitu:
* Hwaseomun - west gate and treasure no.403.  A passage is made through southern part of the Ongseong Wall
* Janganmun - north gate  and similiar with Paldalmun Gate in size and shape. The gate tower was destroyed by fire during the Korean War
* Banghwasuryujeong - pavillion-shaped building to watch surronding with Yongyeon Lake and Hwahongmun
* Seonamgangnu - located at the end of the outer castle and it is a strategic point with a fine view
* Yeomingak - established in Sipjaro in front of Hwaseong Haenggung. It is means of living together with people
* Hwahongmun - also called Buksumun, this gate has a half-gabled and half-hipped roof and 7 Hongyemun gates for the Suwoncheon stream
* Seojangdae - located in the top of Mt. Paldalsan. 
* Changnyongmun  - east gate is similar to the west gate in size and shape.
* Paldalmun - south gate od the castle built as a 2-layered construction with the second wooden gate tower on the stone rainbow gate.
* Bongdon - had the function of watching out for the fortress and the rural palace and signaling emergencies with light and smoke from 5 firepots. [source : Suwon Tourist Map]

Sebahagian daripada gate yang sempat kami singgah, layan.
Hwaseomun - pada saya ini gate yang paling indah. Cuma satu yang tak tahan, banyak tahi burung merpati kat sini, terasa sedikit kotor.
Seobuk Gongsimdon (treasure no. 1710)
Bukporu - terletak di antara Hwaseomun dan Janganmun
Tak tahulah apa bendanya ne; berada di luar fotress.
Janganmun - giler besar. Memang ternganga melihatkan senibinanya. Sayang tak masuk pun dalamnya untuk melihat apa yang ada; dah tak larat dah time ne.
 
Masih lagi di Janganmun .
Sengaja memilih laluan di luar fotress untuk ke bahagian seterusnya.
Yongyeon (Pond)
Hwahongmun
Bersihkan?? Dari satu sudut memang bersih tapi hakikatnya busuk yang amat. Tak tahulah awat menjadi laghu ne huhuhu.

Dari Hwahongmun kami bergerak menuju ke Yeonmudae. Terpaksa stop di sini sebabnya hujan turun selebat-lebat sebelum sempat kami tiba di Yeonmudae. Dari sini kami ambil bus menuju ke Suwon Station untuk beli tiket train kembali ke Busan pada 2hb. 
Padalmun Gate. Sebenarnya kawasan ini tersangatlah busy. Dek kerana public holiday, lengang sungguhlah; sesekali aje kereta/bas lalu lalang dan kedai-kedai majoriti tertutup termasuklah Daiso huhuhu. Berdekatan Padalmun ini, ada market (lupa namanya). Sesiapa peminat kuliner sejati, bolehlah singgah di sini.

*bersambung untuk last day

You Might Also Like

7 comments

  1. Aduuuuhhh zila.... tgk gambo2 ni mcm dok ada kat sana jgk aihhh

    ReplyDelete
  2. hakikatnya kat korea ni ada sesuatu bau yg sangat yang tak sedap bau di hidung :P
    ker mrs jer yg rasa begitu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa yang sama mrs.smile...sesak napas sebab dok tak tahan hehehe...

      Delete
  3. Menarik Korea ini. Modern dan Tradisional menyatu dalam harmoni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..byk yang kita boleh pelajari dari mereka ini terutama dari segi pemeliharaan dan pemuliharaan sejarah agar ianya tidak lenyap begitu sahaja...

      Delete
  4. sonok tgok gambar... tapi bile ckp kne jalan 4 jam... hehe... terbayang2 time jln kat angkor wat.. tapi sini kire ok lagi laa kan... sbb sejuk... tak berpeluh2..

    ReplyDelete

Subscribe