Thai 2014 : Edisi Pengenalan

Tuesday, December 30, 2014

Assalamualaikum

Fuhh, jenuh nak tiup sawang yang dah start bertapa kat blog ne. Nak buat macam mana tuan tanah busy yang amat huhuhu.

Sepanjang tempoh pertapaan saya ini, macam-macam musibah melanda tanah air yang tercinta. Apa pun, saya mendoakan yang terbaik untuk mangsa banjir di pantai timur negara kita. Jangan kata saya tak prihatin pula, tu di Temerloh kami sekeluarga dah terputus hubungan dengan nenek dan saudara-mara di sana. Pagi tadi tengok berita pun, paras air semakin naik di sana. Harap-harapnya akan surut dalam 1-2 hari ini dan semuanya selamat huhuhu. Semalam pula, saya dikejutkan dengan insiden QZ8501. Lewat sehari berita yang diterima kerana kami 'terkandas' di Surat Thani. Salam takziah buat keluarga mangsa.

Kembali ke cerita asal.

Susulan dari entry yang lepas, untuk cari travel partner ke Thai (Open trip : Thailand 2014). Terima kasih buat Pencerita Maya, Nik (teman PM), Jari Manis, dan En. AB sebab sudi follow trip ini. Route memang jauh berbeza dari apa yang dirancangkan. Untuk 11 hari ini, kami sempat singgah di Nakhon Ratchasima, Udon Thani, Phimai, Loei, Phetchaburi dan Surat Thani (sekadar transit). Pengalaman kali ini, memang tak disangka-sangka. En. AB dicopet waktu di Bangkok, wang tunai RM450 + 800baht hilang begitu sahaja. Namun, pengalaman yang paling saya tak  boleh lupa adalah trek 'setengah mati' ke puncak Phu Kradeung National Park. Rasanya memang takde istilah repeat untuk Phu Kradeung kecuali ada cable car menuju ke puncaknya. Selain dari itu, banyak yang kami belajar mengenai local Thai. Sifat peramah, sangat membantu dan pembersih sangat menarik perhatian kami. Apa pun, tak boleh nak cerita lebih-lebih, nanti-nantilah ye..

Untuk cuci mata, saya share beberapa keping gambar untuk perkongsian bersama. Detail perjalanan tunggu tahun depan baru saya start update (kot).
Di Jim Thompson Farm, Nakhon Ratchasima/Korat. Mabuk bunga di sini.
Di Phimai Historical Park, 60km dari Udon Thani.
Bayan Tree Temple, Phimai - meremang bulu roma sepanjang berada di sini.
 Red Lotus Lake, Kumphawapi 50km dari Udon Thani.
Sunrise di Nok Aen Cliff, Phu Kradueng National Park.
Di Muang Loei yang terkenal dengan aktiviti penanaman tebu untuk dijadikan gula. Pemandangan ini berdekatan dengan Kunming, Loei.
Phu Pa Por atau Mt.Fiji di Loei.
Kaeng Krachan National Park, taman negara terbesar di Thailand.

* bila badan dah terlalu penat, nak tidur pun tak mampu maka terhasillah entry ini..

You Might Also Like

48 comments

  1. pergi jalan dengan Akak JM huwaaaa nape tak ajak T.T sob sob.. tapi tanak hiking hahaha..
    tak sesuai dengan kesihatan. fuuh fuhh *jampi semoga cepat haplod entry*
    bila sebut thailand orang akan bayangkan bangkok hat yai krabi songkla la apa semua tu. banyak lagi yang menarik rupanya..
    ya allah lotus lake tuuuu nape macam dalam poskad :D cantiknyaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. err bukan haritu saya ada buat entry utk cari travel partner ke? awat tak nak join? huhuhu...kalau join dapatlah CT berjimba2 dgn JM...

      Delete
  2. mcm berminat jugak nak terjah tahun depan..keep writing !

    ~watie79~

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah watie, saya akan usahakan utk update secepat mungkin...kena cari mood dulu ne hehehe

      Delete
  3. menarik..tak sabar nak baca sambungan.kasihannya en.Abe kena copet.nasib baik passport dan dokumen lain masih selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sal..misal kata kalau passport juga kena copet memang haru kami dibuatnya huhuhu...

      Delete
  4. Wah tazzabar nak baca kisah yang lebih detail! Selamat Tahun baru 2015 buat Zilla!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tazzabar lah sgt kan? hehehe...apa pun selamat tahun baru Janggel..

      Delete
  5. Welcome back .. trip penutup tirai utk thn 2014 yer ... waiting for full entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, azra...nampak gayanya macam tulah, penutup 2014 hehehe...mula2 ingat nak sambut new year terus di sana tapi cuti pula nan ado...nak tak nak, kenalah pendekkan hari di sana huhuhu..

      Delete
  6. Best yah travel dengan kawan-kawan blog. Cantik semua gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, diana...best sebab dpat travel dgn kawan2 baru lebih2 lagi dgn travel blogger, boleh tukar2 cerita dan tips hehehe

      Delete
  7. oohh..DJ pegi Thailand tu dengan zila ek...
    lawanyaaa gambar & pemandangan. tak sangka pulak Thailand ada tempat secantik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh bukanlah dzu..DJ kelain tu..saya ke Thai dgn PM, JM, Nik dan En.AB...thai especially di north mmg cantik2...cuma info mengenainya aje yg sgt kurang...kena guna konsep 'aci-redah' huhuhu

      Delete
    2. hahaha..sabar ajelakan? rindu dendam ehhh kat DJ? hehehe

      Delete
  8. ooo sekali ngan sis JM ka.. syoknya tgk pic

    ReplyDelete
  9. Pergh memang lawa... makwe Siam tu la... tapi semua fotonya memang ohsem sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...jgn memain dgn awek Siam, En.Mie..cun2 belaka, sekali pandang tak berkelip mata tau :D

      Delete
  10. Welcome back Zilla! Xsabar nak baca isi penggembaraan korang. Kalau aku kat Red Lotus lake, memang confirm mabuk pink. Lawa sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bie..aku rasa kalau ko ada kat lake tu, mau ko terjun terus dalam lake hehee...aku sendiri pun geram je tgk tau..nak terjun errr berenang pun tak reti :D

      Delete
  11. Tengok gambar Bayan Tree Temple tu pun menyeramkan...
    Gambar semua lawa-lawalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bearcat, saya start masuk kawasan tu kepala start berdenyut2...ishhhh tak boleh tahan..mmg byk giler ahh momok kat situ....yg best tu dalam pada seram2 tu sempat lagi kitaorg picnic kat situ hehehe....

      Delete
  12. Seperti biasa gambar hasil dari tangan Zilla tidak pernah mengecewakan...

    Yang pasti SERONOK sangat join Zilla travel..so JM mmg x serik kalau Zilla ada trip ke tempat lain..count me in..harap2 juga Zilla x bosan dengan JM heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai JM, gambar2 tu semua biasa aje..takde yang istimewa pun huhuhu...

      terima kasih sudi follow trip saya ini JM..terima kasih gak sebab sanggup berlelah ke sana-sini, makan apa yang ada, tidur dlm khemah, solat di mana sempat dan sebagainya..harap JM tak serik dgn cara travel sedemikian rupa...

      * jgn lupa pesanan kami haritu tau ;-)

      Delete
  13. Replies
    1. terima kasih En.Khai..


      JM, susah juga ekk jadi org glamer ini...peminat berada di mana aje hehehe

      Delete
  14. Okeh..dah habis blajar.
    Jangan luper count in hadrawillin ye Zilla next time!

    **Tolak PM & JM main jauh2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ok nil, moh kita tolah PM dan JM jauah2 :D

      Delete
  15. Saya suka baca tulisan Mbak Zilla dengan teliti dan pelan-pelan. Tak tahu kenapa. Cara bercerita Mbak Zilla memang asyik untuk dibaca. Gambar memang tak usah ditanya. Gambar hasil jepretan Mbak Zilla selain terbaik, juga lain dari yang lain. Sudut pengambilannya atau objek gambarnya yang membuat menarik saya pun ngak tahu. Hebat lah Mbak Zilla ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai mas, segan saya dibuatnya...saya tak pandai menulis namun apa yang terzahir di sini, inilah saya...cuma apa yang saya harapkan apa yang dikongsi di sini mampu beri manfaat pada teman2 yang lain....

      Delete
  16. Replies
    1. terima kasih en.alias *erkk betul tak tekaan saya ne? hehehe

      Delete
  17. Awesome pictures especially the first and the last ones.. Wow!!
    Eita

    ReplyDelete
  18. Caya lah Zilla.. berjaya kau ke Jim Thompon & Red Lotus Lake. Cantik gambar kau. Aku hari tu tak cukup confident. Next time maybe

    ReplyDelete

Subscribe