In
Transjava 2014 : Jakarta-Bandung-Malang-Bromo-Surabaya-Jogja,
Transjava 2014 (Part VI) : Perjalanan mempersona menuju Ranu Pane
Sunrise dari dalam train. Nun dikejauhan jelas kelihatan puncaknya Semeru.
Dah lama sebenarnya saya 'mentelaah' untuk trek Bromo via Malang. Dari hari ke hari nak try trek ini tetapi tidak kesampaian kerana batasan waktu.
Dream come true!!
Alhamdulillah.
Mungkin lepas ini dah boleh tutup buku untuk Bromo (mungkin???). Berbanding laluan Surabaya - Probolinggo - Cemoro Lawang, ternyata trek via Malang ini memberi 1001 kepuasan buat saya. Pemandangannya indah sekali, gaung di kiri/kanan; sungguh terasa saya ini bukan siapa-siapa. Betapa kerdilnya....
Malang - Tumpang - Gubugklakah - Ngadas - Jemplang
****
Saya ada menghubungi beberapa person untuk penyewaan jeep dari Stasiun Malang ke Ranu Pane. Semuanya menawarkan harga yang sama iaitu Rp900,000/jeep manakala dari Ranu Pane ke Bromo pula melibatkan kos Rp450,000/jeep. Contact no mereka ini saya perolehi dari FB Bromo-Tengger-Semeru dan saya harap mereka tidak keberatan untuk membenarkan saya berkongsi info tersebut di sini.
a) Tumpang (Malang – Ranupani, Tumpang – Ranupani, & Tumpang – Kawasan Gn. Tengger)
• Rani Adventure (08123366329 & 0341-787329)
• Pak Arif (08127565123)
b) Ranupani (Malang – Ranupani & Tumpang - Ranupani)
• Pak Urip (082894896515)
Untuk public transport pula, sebenarnya ada aje angkut yang menghubungkan antara Stasiun Malang - Tumpang cuma yang menjadi masalah adalah transport dari Tumpang ke Ranu Pane. Selain dari menggunakan khidmat jeep (ambil di depan Alfamart Tumpang), kawan-kawan boleh menumpang lori sayur dari pasar Tumpang ke Ranu Pane dengan bayaran tertentu dan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Untuk contact no driver lori sayur, akan saya updatekan kemudian (lupa catat di dalam buku nota yang mana).
****
Berbalik kepada kisah perjalanan saya dan teman-teman, kami memilih untuk menyewa sebiji jeep (Pak Eddy, teman kepada Mr.Wong - kami ada projek giler dengan mereka berdua ini) yang akan menjemput kami dari Stasiun Malang langsung ke Ranu Pane. Sepanjang perjalanan beberapa kali kami berhenti. Antaranya kami singgah di AlfaMart bagi mendapatkan stok bekalan makanan kerana kami berencana untuk camping di Ranu Kumbolo dan Penanjakan 1, Bromo. Stop di Coban Pelangi (dah alang-alang lalu) dan beberapa kali singgah di pinggir jalan hanya untuk menangkap gambar.
Kalau tak silap saya, sekitar jam 12.++pm, baru kami tiba di Ranu Pane.
****
Coban Pelangi, terletak di Gubugklakah. Bayaran masuk dikenakan sebanyak Rp6,000/person dan perlu trekking menuruni bukit sekitar 45 minit (return) untuk tiba ke air terjun. Treknya agak licin dan paling tak gemar sebab perlu sebagai dari treknya adalah anak tangga. Dalam perjalanan ke air terjun ada beberapa gerai menjual minuman/makanan, toilet dan kemudahan surau/mushola. Kredit untuk itu.
Stop di sini untuk lepas lelah, siap beli cili padi untuk bekalan masa depan :D
Layan
Air terjun Coban Pelangi - sila bawa dan pakai baju hujan kalau tak mau lencun huhuhu.
Inilah kenderaan kami untuk hari ini.
Awan tebal saat ini. Rasanya ini di Desa Ngadas (ampun kalau silap!!)
Adik-beradik edelweiss ;-) Hidup liar di pinggir jalan
Nenek ini baru pulang dari kutip kayu api (kalau tak silap lah heheh)
Wajib stop di sini untuk membayar bayaran masuk taman nasional.
Stop lagi sebab di sini kami perlu membayar bayaran masuk untuk Taman Nasional Bromo-Tengger-Semeru, Rp75,000/person (lucky sebab rate baru berkuatkuasa mulai 5 Mei 2014.)
Tarif baru untuk bayaran masuk Taman Nasional Bromo-Tengger-Semeru , berkuatkuasa mulai 5 Mei 2014 (silalah rancang perjalanan kalian sebaiknya agar berbaloi dengan wang yang bakal dikeluarkan).
Bromo dan kawasan sekitarnya
a) normal rate : Rp217,500
b) public holiday : Rp317,500
Semeru dan kawasan sekitarnya
a) normal rate : Rp207,500
b) public holiday : Rp307,500
Settle urusan bayaran, perjalanan kembali diteruskan. Berkali-kali stop (sampai tak tahu di mana lokasinya).
Bromo berada di balik nya.
Sebahagian daripada Bkt. Teletubbies dan Savannah (sedih tengok savannah)
Zoom untuk savannah. Please lah, do something sebelum semuanya hancur.
Trek yang kelihatan itu adalah trek yang akan digunakan untuk menuju ke Bromo. Jeep tu dah macam kotak mancis.
Teletubbies? Maybe...
Cukup untuk hari ini. Sebabnya entry selepas ini akan banyak drama dan pujuk rayu untuk ke Ranu Kumbolo. Berjaya atau tidak kami ke Kumbolo, tunggu ajelah. Nak kena cari mood untuk mengarang/merepek ;-)
*bersambung.





