Memang dah lama saya teringin nak bermalam di dalam 'kolong air'. Namun, memanjang ada halangannya. Keinginan tu datang balik bila tengok gambar-gambar Suly waktu berkunjung di Sg.Lembing baru-baru ini. Kebetulan pula, saya perlu balik ke Pahang jadilah dah alang-alang sampai, terus ajelah lajakkan kaki ke Sg.Lembing.
Plan asal nak lepak sini waktu cuti Deepavali tetapi full. Date yang available cuma 25 & 26 hb sahaja, itu pun tinggal sebiji aje sebab ada yang cancel. Memang tak fikir panjanglah terus saya confirmkan booking dengan Mrs. Young cuma untuk payment saya minta tangguh sampai dapat gaji hehehe!

Plan asal nak lepak sini waktu cuti Deepavali tetapi full. Date yang available cuma 25 & 26 hb sahaja, itu pun tinggal sebiji aje sebab ada yang cancel. Memang tak fikir panjanglah terus saya confirmkan booking dengan Mrs. Young cuma untuk payment saya minta tangguh sampai dapat gaji hehehe!
Direction:
Jika kawan-kawan menaiki bus ekspress dari KL, last station adalah Terminal Sentral Kuantan. Dari sini, ambil bas rapid (Gate A) no.#303 ke Stesen Bandar dengan tambang RM2. Sila turun di last station. Untuk ke Sg. Lembing, naik bas no.#500 terus ke Sg.Lembing dengan tambang RM4 dengan kekerapan, sejam sekali. Turun di last station, dari sini jalan menuju ke Sek. Men. Sg. Lembing, simpang 2 di sini ambil kiri dan jalan terus melalui sekolah. Jalan depan sikit dan sampailah di Time Capsule.
* bas terawal dari Stesen Bandar, 6.00am dan bus terakhir adalah jam 7.00pm menuju ke Sg. Lembing.
Harga untuk sebiji capsule adalah RM119/night dan hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja (sempit kot, nak beramai-ramai dalam tu). Tempahan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sebabnya tempat ini memang selalu penuh. Untuk tempahan/detail mengenainya boleh lihat sini:
Website : http://timecapsuleretreat.wix.com/home
FB : https://www.facebook.com/timecapsuleretreat
Untuk capsule, ada 2 jenis *harga sama je:

Transparent, tiada tingkap - bahaya sikit yang ne sebab kalau malam memang nampak ler bayang-bayangnya hehehe. Kalau nak buat aksi posing maut dalam gambar, capsule yang ne lah yang wajib jadi pilihan
Untuk yang ini pula, ada tingkap. Bilik kami nun hujung sekali tepi hutan hehehe.
Bagaimana keadaan dalamnya?
Terus-terang memang agak sempit. Nak solat pun takde ruang kecuali sanggup nak solat atas katil. Kalau malas nak panjat katil, boleh je request dengan mereka untuk diberikan ruang untuk solat di main building. Takde masalah, InsyaAllah. Kami haritu pun diberi satu bilik untuk solat di dalamnya. Selain dari sempit, lain-lain okla. Tilam/bantal yang empuk, aircond pun ada.
Inilah keadaan dalam capsule.
Bangunan berbumbung atap nipah (kot) adalah toilet. Keadaannya memang bersih dan terjaga.
hiasan semata..
Main building..
Di sini, tidak disediakan breakfast namun ada disediakan milo/kopi dan biskut percuma. Nak masak pun boleh, tapi kena minta izin dululah untuk guna dapur. Wifi dan televisyen juga turut disediakan untuk semua. Owner pun peramah giler dan baik hati.
Buat kawan-kawan yang tertanya samada berbaloi atau tidak menginap di sini, jawapan saya, memang berbaloi. Sesekali lari dari kebiasaan apa salahnya, kan?

