Destinasi kami seterusnya adala Pura Tirtha Empul atau lebih dikenali sebagai Tampak Siring Temple kerana lokasinya terletak di Perkampungan Tampak Siring. Entrance fee Rp15,000/person manakala parking dikenakan sebanyak Rp5,000.
Menurut lagenda, perkataan Tampak Siring ( telapak yang miring) itu sendiri berasal dari bekas tapak kaki yang ditinggalkan oleh seorang Raja, Mayadenawa yang menganggap diri seorang dewa dan menyuruh rakyat jelata menyembahnya. Akibatnya, Batara Indra (seorang dewa) murka dan mengarahkan pengikutnya untuk menangkap Mayadenawa yang melarikan diri ke hutan dalam keadaan berjalan dengan mengiringkan telapak kakinya bagi mengelakkan jejaknya dikesan namun usahanya gagal. Namun, sebelum beliau melarikan diri dengan sisa kesaktian yang ada beliau telah mencipta mata air beracun yang berjaya membunuh pengikut Batara Indra apabila meminumnya. Sebagai penawar kepada mata air beracun Mayadenawa, Batara Indra telah mencipta mata air penawar yang dikenali sebagai Tirtha Empul (air suci). Lebih kurang begitulah sejarah kewujudan holy water ini :-)
Inilah holy water yang telah dikomersilkan. Ada 2 bahagian tetapi saya tak sure apa yang membezakan kedua2 tempat tersebut. Menurut supir kami, kalau segan nak mandi, ambil airnya ini dan sapu ke muka. Untuk awet muda, katanyalah. Kami tak buat pun apa yang disarankan, takat pusing2 kawasan sekeliling dan snap pic sahaja.
Berani nak berendam sebegini rupa secara terbuka?hehehe.
Ini versi yang segan kot nak open2 seperti di gambar atas ehehe.
Holy springs shrine of Tirta Empul. Kawasan ini berpagar agak tinggi, kurang sesuai utk saya yang mempunyai ketinggian separa tinggi ini utk merakam gambar :P
Saya lihat masing2 akan membawa persembahan bersama2. Macam2 ada mungkin bergantung kepada niat dan hajat masing.
Pelancong tidak dibenarkan memasuki kawasan ini dan kawasan sekeliling dikelilingi dengan tembok yang agak tinggi. Salah satu dari pantang larang, wanita haid tidak dibenarkan memasuki temple ini; sama juga seperti muslim tidak boleh memasuki masjid.
Ada satu bahagian yang menempatkan alat-alat muzik seakan gamelan. Saya tak sure untuk apa, maybe untuk upacara keagamaan mereka.
Ini pula dilakukan diluar kawasan temple di mana di pintu masuk temple ini terdapat sepohon pokok beringin yang menjulang (teringat cerita bawang merah, bawang putih). Di mana-mana aje akan ada tempat-tempat untuk mereka-mereka ini bersembahyang.
*bersambung

















