10.11.2012 : Pakse - Bolaven Plateau
Entry kali ini memang panjang dan banyak gambar. Terpulang samada nak membacanya atau pun tidak :D
Vientiane - Pakse : ~ 685km
Pejam-celik, pejam-celik tak sampai-sampai juga lagi. Penat terkebil-kebil melayan mata apabila sesekali terjaga. Apabila sedang enak melayan mimpi, tiba-tiba...
"warrrghhhh!!!"
Apa pula ni? Saya terjaga dengan jeritan (mujurlah tak kuat bunyinya huhuhu). Ada yang meraba betis dan paha saya. Takut dan marah; bercampur-aduk. Apabila saya buka mata, yang ada cuma seorang nenek/makcik yang sedang teraba-raba (mungkin had penglihatannya agak kurang) mencari jalan mungkin untuk ke toilet. Fuhhh, lega!! At least saya tahu, dia tak sengaja. Tak mengapalah, saya malas nak memanjangkan isu dan try untuk menyambung semula tidur.
Tiba-tiba, kedengaran pula jeritan...
"... don't touch me..bla..bla..bla..."
Tiba-tiba, kedengaran pula jeritan...
"... don't touch me..bla..bla..bla..."
Haish, drama sungguhlah. Membebel-bebellah minah tu sepanjang malam. Senyap pun mungkin sebab dia tertidur kembali huhuhu. Tutup telinga dan cuba untuk sambung tidur.
"Welcome to Pakse"
"Welcome to Pakse"
Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba di Pakse 2 jam lewat daripada jadual. Ketibaan kami di sambut oleh wakil Vilaysing Guesthouse (tempat kami menginap). Kami diberi masa 20 minit untuk bersiap sebelum berangkat mengikuti tour ke Bolaven Plateau. Haru sungguh, nak gosok gigi pun tak sempat apatah lagi nak bermandi-manda huhuhu. Beg, kami tinggalkan di dalam kenderaan yang berasingan untuk dibawa ke guesthouse.
Beginilah suasana di pekan Pakse; kering dan berdebu.
Tour ke Bolaven Plateau diuruskan oleh pihak guesthouse dengan harga 150,000kip/person - ini harga termurah yang saya perolehi. Untuk private tour ke Bolaven Plateau pula, harga USD100/van dikenakan dan tambahan USD50 jika berminat untuk singgah di Wat Pho (diuruskan oleh Mr. Somchit - boleh email saya kalau inginkan contact no. beliau). Bersama-sama kami pagi itu adalah pelancong-pelancong dari Korea, US, Germany dan Australia; 13 orang ke semuanya. Ke mana kami hari ini? Saya takde idea, ikut ajelah. Masalah lain pula, driver van merangkap tour guide tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Haih, dah macam itik dengan ayam jadinya. Tiap kali beliau membuka mulut memberi info/arahan kepada kami, masing-masing akan tercengang dan diakhiri dengan ketawa - tak faham huhuhu.
Van yang kami naiki untuk tour ke Bolaven Plateau.
Tea Plantation
Jeng!!jeng!!jeng!!Giler suspen waktu driver berhenti di satu tempat. Ingatkan dah sampai ke kawasan air terjun tetapi err mananya? Takde bayang air terjun pun. Rupa-rupanya disitulah kami akan berhenti untuk melihat ladang teh. Ladang teh?? hehehe. Takde rupa ladang pun. Kami dibawa ke salah sebuah rumah penduduk tempatan di mana halaman rumahnya di tanam dengan pokok-pokok teh. Cehhh!! Kitaorang dah mengekek ketawa. Cameron Highland 10juta kali lebih hebat tau :D Mat/minah saleh tu pun geleng kepala dibuatnya. Belum tamat masa yang diberi, semua kembali ke van dan meminta driver meneruskan perjalanan. Gambar? Hoh, memang takde. Tak koser!! :P
Tad Fane Waterfall
Terletak di Dong Houa Sao National Protected Area dan berketinggian 120m. Pintu masuk adalah dari Tad Fane Resort. Sayangnya kami cuma diberi 40minit untuk explore kawasan ini. Cuma mampu melihat dari kejauhan sahaja huhuhu. Untuk yang berminat, kita boleh trekking hingga ke puncak dengan kadar $7/person dan dikendalikan oleh Tad Fane Resort.

Coffee Plantation
Memang mudah untuk bertemu dengan ladang-ladang kopi dan teh di sini. Kilang kopi terbesar juga kita akan ketemu di Bolaven Plateau. Kami dibawa ke salah satu perusahaan kopi arabica yang dijalankan oleh penduduk tempatan. Bukan ladang kopi yang kami singgahi tetapi kami menyaksikan biji-biji kopi yang dijemur di tengah laman untuk dikeringkan. Bau masam biji-biji kopi menyambut kedatangan kami. Sempatlah merasa kopi di sini - bukan percuma ya, secawan kopi 5,000kip.
Ethnic Village
Saya tak tahu apa nama kampungnya. Etnik apa yang menghuni perkampungan ini pun kami tidak dibagitahu. Blurrr!! Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaannya waktu di sini. Teruk sangat keadaannya. Ketibaan kami disambut oleh anak-anak tempatan. Kotor dan tak terurus keadaan masing-masing. Keadaan kampung memang bersih tetapi di sini babi dibiarkan berkeliaran bersama-sama binatang ternakan yang lain (babi lebih banyak kuantitinya dari ayam :P). Nak berjalan pun, perlu berhati-hati kerana najisnya yang bersepah-sepah di merata tempat. Waktu yang lain dibawa ke sekolah oleh tour guide, kami ambil keputusan untuk tidak ikut kerana risau dengan keadaannya. Jadinya, kami hanya memerhatikan gelagat anak-anak dan babi huhuhu.
Tad Lo/ Tad Hang Waterfall, Salavan - Tiada bayaran masuk dikenakan.
Ini yang saya tunggu-tunggu sebenarnya. Plan asal kononnya nak bermalam di guesthouse yang ada di Tad Lo. Oleh kerana kesuntukan masa, tak dapat bermalam dapat singgah sebentar pun jadilah. Air terjun ini terletak 85km dari Pakse dan kedudukannya agak ke dalam dan perlu melalui jalan tanah merah yang tidak rata untuk tiba. Tetapi percayalah, dengan view yang superb kepenatan bertukar menjadi teruja. Air terjun ini adalah gabungan daripada 3 air terjun iaitu Tad Lo, Tad Hang dan Tad Sung. Kami diberi masa 2 jam untuk beristirehat di sini dan dibenarkan untuk mandi-manda.
Pemandangan ladang kopi boleh disaksikan di luar Tad Fane Resort.
Coffee Plantation
Memang mudah untuk bertemu dengan ladang-ladang kopi dan teh di sini. Kilang kopi terbesar juga kita akan ketemu di Bolaven Plateau. Kami dibawa ke salah satu perusahaan kopi arabica yang dijalankan oleh penduduk tempatan. Bukan ladang kopi yang kami singgahi tetapi kami menyaksikan biji-biji kopi yang dijemur di tengah laman untuk dikeringkan. Bau masam biji-biji kopi menyambut kedatangan kami. Sempatlah merasa kopi di sini - bukan percuma ya, secawan kopi 5,000kip.
Ethnic Village
Saya tak tahu apa nama kampungnya. Etnik apa yang menghuni perkampungan ini pun kami tidak dibagitahu. Blurrr!! Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaannya waktu di sini. Teruk sangat keadaannya. Ketibaan kami disambut oleh anak-anak tempatan. Kotor dan tak terurus keadaan masing-masing. Keadaan kampung memang bersih tetapi di sini babi dibiarkan berkeliaran bersama-sama binatang ternakan yang lain (babi lebih banyak kuantitinya dari ayam :P). Nak berjalan pun, perlu berhati-hati kerana najisnya yang bersepah-sepah di merata tempat. Waktu yang lain dibawa ke sekolah oleh tour guide, kami ambil keputusan untuk tidak ikut kerana risau dengan keadaannya. Jadinya, kami hanya memerhatikan gelagat anak-anak dan babi huhuhu.
Culture Village
Sekali lagi, saya tiada idea di mana lokasinya huhuhu. Saya tak turun pun kerana cuaca terlalu terik dan kepala pun sudah sedikit berdenyut.
Tad Lo/ Tad Hang Waterfall, Salavan - Tiada bayaran masuk dikenakan.
Sedang saya leka mengambil gambar di pinggir air terjun tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita seorang sami terjatuh dari atas dan hilang. Suasana tenang bertukar menjadi kelam-kabut. Saya yang kebetulan sedang memasang tripod di kawasan berdekatan, terlihat kain oren yang menjadi pakaian rasmi sami tersebut timbul di permukaan dan hanyut dibawa air. Menggigil dan seriau. Hingga saat kami ingin pulang, sami tersebut tidak juga ditemui. Kalau hidup pun mungkin sudah tercatat nyawanya masih panjang tetapi melihatkan keadaan air terjun itu sendiri kami tidak yakin beliau masih bernyawa huhuhu.
Pha Shuam Waterfall - Tiada bayaran masuk dikenakan
Destinasi terakhir kami. Sangat cantik dan terdapat beberapa air terjun di sini. Pha Shuam berketinggian lebih kurang 6meter sahaja dan ianya berbentuk seperti 'U'. Lokasi yang agak terkenal di kalangan pelancong tempatan dan luar; nak ambil gambar pun susah sebab ramai sangat pengunjung. Tidak dibenarkan untuk mandi-manda di sini.
Saya tak tahu apa nama airterjun ini tetapi ianya berada di dalam satu kawasan dengan Pha Suam.
Inilah Pha Shuam.
Tour kami berakhir jam 5.30pm. Hari dah semakin gelap dan kami terus dibawa kembali ke pekan Pakse langsung ke guesthouse. Sekali lagi bahasa menjadi penghalang. Kami kehilangan beg dan pekerja di guesthouse pula tidak boleh memahami bahasa Inggeris. Belum pun buka mulut, kami dibawa ke hotel lain sedangkan kami bukan mencari bilik tetapi mencari beg. Pusing sana-sini, tasyha menghubungi wakil yang membawa beg kami paginya, rupa-rupanya beg kami telah pun dimasukkan ke dalam bilik. Hancur!! Pening kepala dibuatnya.
Masa untuk beristirehat dan mengisi perut. Nasib kami agak baik kerana berhadapan dengan guesthouse terdapat sebuah kedai makan yang menjual makanan India. Katanya halal dan mereka boleh berbahasa Melayu, Alhamdulillah. Malam itu kami cuma memesan roti canai (syokknya layan) dan kari ayam. Selebihnya kami cuma memesan air panas untuk milo dan maggi yang kami bawa. Perut dah kenyang, apalagi masa untuk tidurrrrr.
Bilik kami Vip Room for 4 persons, 140,000kip/room
Terdapat 3 buah restoran India di sini dan Jasmin Rest. ini terletak berhadapan dengan Vilaysing Guesthouse.
Info:
Click - >Vilaysing Guesthouse (Terletak bersebelahan dengan Lakham Hotel)
*bersambung untuk perjalanan Pakse - Ban Nakasang - Don Khone Island.



