Assalamualaikum!
Untuk tips percutian ke Mynmar boleh lihat di sini -> Mynmar 2015 : Travel tips
Trip kali ini memang macam-macam yang jadi. Terkedu, ternganga, tergamam, menangis dan ketawa mengenangkan kebodohan diri. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sampai satu tahap saya dah malas nak pikir, lantaklah. Apa yang berlaku? Duit perbelanjaan saya sepanjang trip ini hilang err tercicir atau mungkin tercopet; entahlah. Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Tau-tau sampul dah takde dalam beg. Yang tinggal cuma USD23 (23,000 kyat), itu pun sebab saya selit di tempat lain. Dengan wang sebanyak itu macam mana saya nak hidup selama 7 hari di sini? Dugaan demi dugaan, saya terlepas pula keretapi yang seharusnya saya naiki bersama teman-teman yang lain ke Bagan. Memang terduduk saya dibuatnya. Nak beli air mineral pun fikir 10x tau. Saat itu menyesal pun ada sebab teruskan juga perjalanan ini tapi bila fikir balik, emm...
Saya selalu memerhatikan gelagat peminta sedekah di tempat saya ini. Tak terbayang jika saya berada di tempat mereka ini. Namun, itu yang saya terpaksa lakukan di Bagan. Meminta ehsan dari "omputih" yang keluar masuk sebab saya takde wang untuk membayar Bagan Admission Fee. Saya betul-betul jatuh terduduk kali ini. Tebalnya muka tak tahu nak cakap macam mana. Bayangkan perkara yang tak pernah kita buat, dengan tiba-tiba terpaksa kita lakukan kerana terdesak. Mungkin kerana kesian dengan rayuan saya akhirnya petugas melepaskan saya tanpa perlu membuat sebarang bayaran. Syukur sangat-sangat saat itu. Sungguh, banyaknya pengajaran yang diperolehi sepanjang trip ini.
Cukuplah dengan sedikit pengalaman dari saya sebagai intro. Berbalik ke cerita asal, saya nak kongsikan persediaan kami sebelum berangkat ke Mynmar. Apa yang boleh saya ingatkan, tolong buat research sebelum ke sana atau bersedialah untuk di'sembelih'.

Itinerary
Itinerary hanya siap beberapa hari sebelum berangkat. Itu pun puaslah berguru dengan Zara, pemillik blog The Province of Chroma. Kesian jugalah dengan Zara sebab terpaksa melayan macam-macam soalan dari saya. Tak lupa juga buat Jea, Emy dan Lily sebab sudi berkongsi info dengan saya.
Plan asal nak singgah di Bagan - Mandalay - Inle Lake walhal masa cuma ada 7 hari aje. Lepas berkongsi itinerary dan mendapatkan nasihat dari Zara, kami ambil keputusan untuk lupakan Mandalay dan fokuskan kepada Bagan dan Inle Lake aje.

Day 1 : Yangon - Bagan (night train/bus)
Day 2 : New Bagan & layan sunset di temple takde nama
Day 3 : Old Bagan - Nyaung Shwe (night bus)
Day 4 : Nyaung Shwe & layan sunset di Inle Lake
Day 5 : Full day tour (sunrise, floating market, pembuatan silver/rokok/sampan, long neck people, Indein Village - Yangon (night bus)
Day 6 : Yangon (Nila Restoran, Chat Time & layan seafood di Inya Lake)
Day 7 : Yangon - KL
Visa
Bab visa memang sedikit teruja. Maklumlah ini visa pertama saya hehehe. Permohonan visa saya kemukakan 3 hari sebelum berangkat di Ever Fine Service Sdn. Bh dengan kos RM141.80 (termasuk gst) manakala kawan-kawan yang lain buat lebih awal dari saya. Bukan apa, tiket flight pun saya beli seminggu sebelum tarikh berangkat. Oleh kerana itulah saya perlu buat permohonan visa secara berasingan dari kawan-kawan yang lain.
Budget
Budget keseluruhan untuk trip ini adalah USD220 tak masuk shopping.
RM3.62 = USD1
USD1 = 1070 kyat
Penginapan
Kalau lihat pada itinerary, kami bergilir tidur di hostel/guesthouse dan bas. Itu sebenarnya tujuan kami mengambil night bus untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi berikutnya.
Yangon : Agga Youth Hotel (1N/double room)
Bagan : Ostello Bello, New Bagan (1N/dorm)
Nyaung Shwe, Inle Lake : Zawgi Inn (1N/banglo)
Pengangkutan
Sebut pasal pengangkutan, banyak sebenarnya yang ingin saya kongsikan. Apa yang pasti, sila tempah dari awal.
Yangon - Bagan
Ada 2 pilihan pengangkutan yang menjadi pilihan:
a) keretapi
Bagi pelancong asing yang ingin travel menggunakan keretapi di Mynamar boleh tempah tiket secara online melalui agent yang diperolehi dari website seat61. Paling menarik, tiap agent bagi harga yang berbeza-beza dan pembayaran penuh perlu dilakukan dari awal.
Harga termurah yang kami dapat adalah USD25 untuk sleeper coach. Waktu nak ambil tiket di train station, kena bayar lagi USD5. Jadinya total untuk tiket train adalah USD30 huhuhu.
Website : seat61.com
b) bas
Berdasarkan pengalaman menaiki 3 bas ekpress dari 3 syarikat yang berbeza, JJ Express adalah yang terbaik. Seperti juga keretapi, tiket bas pun perlu ditempah dari awal melalui pm di FB.
FB : https://www.facebook.com/jjexpressbus
Bawa aje copy ini dan serahkan di kaunter JJ Express, buat pembayaran dan tiket akan diserahkan
JJ Express tiada service antara Bagan dan Inle Lake tau. Untuk ke Inle dari Bagan, boleh ambil minivan (pagi) dan bas express (standard bas) di mana tike boleh dibeli di stesen bas di Nyaung U atau pun belum dari agent yang bersepah beroperasi di New dan Old Bagan.
Makanan
Macam biasalah, stok makanan memang wajib bawa berserta travel cooker. Kali ini kami cuma membawa daging dendeng dan sambal tempe, nasi impit, beras, pes kuah kacang dari jenama Kathy's Kitchen, jajan dan mushroom soup. Untuk bahan lain seperti sardin, minyak masak, bawang, cili dan beberapa barangan lain kami beli di Bagan dan Inle Lake.

Harga barang makanan di Inle dan Bagan boleh dikatakan murah giler kot kalau nak bandingkan dengan barang makanan di Malaysia. Jadinya, bolehlah kalau nak main masak-masak di sana tanpa sebarang rasa was-was.
*bersambung di hari kejadian