In
New Zealand,
South Island 2014
Journey to heaven 2014 (Day 6 - Part I) : Milford Sound, Fiordland, South Island
05.09.2014 : Te Anau - Wanaka
Journey to heaven 2014 (Day 5 - Part III) : Home Cottage, Manapouri, Southland - Review
Hari baru.
*bersambung
Journey to heaven 2014 (Day 5 - Part III) : Home Cottage, Manapouri, Southland - Review
Untuk Fiordland National Park ini saya akan pecahkan kepada beberapa entry. Gambar terlalu banyak, pening kepala nak pilih dan buat dalam satu entry.
Hari baru.
Kami bergerak awal pagi ne menuju Milford Sound untuk mengejar first cruise, 9.45am. Untuk cruise kami dah beli awal-awal dari juicy dengan harga NZD80/person. Kenapa tak beli dari Bookme? Sebabnya kami terlepas deal yang ada huhuhu.
Dalam perjalanan, berhenti sat tepi jalan untuk ambil gambar llama.
Dari Te Anau ke Milford Sound mengambil masa lebih kurang 2j perjalanan dengan jarak 118km. Macam biasa, sila pastikan tangki kereta penuh berisi.
Bila kenderaan mula memasuki fiordland, serius terpukau dengan keindahan yang ada. Di kelilingi gunung-ganang disepanjang perjalanan, diri terasa amat kerdil. Jalan juga agak licin dan berais dan kami perlu alert dengan status semasa; avalanche dan sebagainya.
Memasuki Fiordland National Park
SubhanaAllah, tak tergambar dengan kata-kata. Kami stop di pinggir jalan untuk ambil gambar.
Untuk melepasi Homer Tunnel, kami sekali lagi perlu alert dengan lampu isyarat yang ada dipinggir jalan. Hanya satu lorong sahaja dibuka kepada traffic. Jadinya, kenalah tunggu kenderaan dari arah bertentangan lepas kesemuanya barulah kami dilepaskan untuk memasuki terowong. Jika adanya avalanche, memang terowong ini akan ditutup kepada semua.
Home Tunnel sepanjang 1.2km yang menghubungkan antara Te Anau dengan Milford Sound. Tak boleh berhenti di sini tapi kami selamba je berhenti untuk ambil gambar - tak pasal-pasal kena perambat dengan petugas yang ada hehee.
Kami perlu ada di jeti 15 minit sebelum cruise berangkat tapi dek gara-gara banyak sangat berhenti, minit-minit terakhir barulah sampai. Tu pun jenuh pecut dari parking lot ke jetty. Haih, mujurlah sempat.
Inilah cruise milik kami hehehe *berangan..
Untuk cruise under Juicy, ada 3 sesi setiap hari (winter/Sept.) iaitu
9.45am, 11.45am dan 1.45am. Satu trip mengambil masa lebih kurang
1.5jam. Jom ikut saya naik cruise *lambai-lambai tangan ala-ala miss world
Masih lagi di jeti
Sebahagian daripada Milford track dengan kedalaman 400 meter. Langit sangat cantik saat ini.
Sebahagian landskap yang ada.
Ray of light - matahari berselindung dibalik puncak yang ada.
Apa lagi nak dikatakan dengan pemandangan yang indah begini?
Depan tu dah laut lepas - Tasman Sea yang menjadi pemisah antara New Zealand dan Australia. Cruise akan berpusing di sini dan kembali ke jeti.
Sea lion yang sihat (gemuk-gemuk belaka).
Striling Falls dan Bowen Falls - antara waterfall yang ada di sini.
Selepas 1.5jam bercruise, kami kembali ke jeti.
Suka pic ne..
Gambar wajib kalau ke Milford Sound.
Mitre Peak yang terkenal (puncak ditengah).
Seterusnya kami bergerak menuju The Champs dan Mirror Lake sebelum kembali meneruskan perjalanan menuju Wanaka.
*bersambung
