In
2013 : Philippines (North - South),
North - South Luzon
Fun.Philippines : Day 3 (Part I) - Welcome to Ilocos Region
29/4/2013 : Baguio - Ilocos Region
Kami memasuki daerah yang kering-kontang, Ilocos. Panas dan berdebu; tak sanggup rasanya nak keluar dari kenderaan. Ilocos terletak di north Luzon dan terletak di persisir Laut China Selatan. Perjalanan dari Baguio ke Ilocos Sur mengambil masa sekitar 4.5jam.
Destinasi kami pagi itu adalah Baluarte. Fuhh, sampai aje destinasi memang berat sangat nak melangkah keluar. Panas terik, ok!!! Paling best, saya tak tahu pun kami akan singgah di zoo walhal bukan kitaorang tak discuss setiap tempat yang bakal kami singgahi. Takpelah, dah sampai pun hehehe.
"where are you came from, madam?"
"singapore" - fuh giler confident mengaku Singaporean huhuhu.
Senyum..Dengar mereka sok sek, sok sek tapi apa pun tak faham kecuali "Singapore" dan "Malaysia".
Ok, ini bukan kes lupa diri atau malu nak mengaku kami dari Malaysia tau. Apa yang kami lakukan ini memang persetujuan bersama atas sebab keselamatan. Tak nak membayangkan apa persepsi mereka jika mengetahui kami dari Malaysia. Apa pun jadi, kami tetap Malaysian dan kami berbangga untuk itu.
Lupakan isu itu, kembali ke Baluarte. Zoo untuk rakyat; konsep yang harus diamalkan di sini hehehe. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung. Masuklah berpuluh kali sehari pun, takde siapa yang nak marah. Dari mana mereka mendapat wang untuk kos penyelengaraan dan sebagainya? Ianya diperolehi melalui sumbangan yang diberikan oleh pengunjung tanpa sebarang had minimum melalui beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti bergambar dengan haiwan dan menaiki keldai/kuda mengelilingi kawasan tersebut. Binatang-binatang di sini dibiarkan bebas berkeliaran (kecuali harimau, haru nanti kalau dibiar lepas) - nak main kejar-kejar dengan binatang yang ada pun takde siapa yang kisah; asal jangan disembelih dan dibuat lauk sudahlah.
Err tak tahulah apa namanya haiwan ini..
Spesis kakaktua jugalah kot...
10 minit aje kot kat Baluarte, terus kami angkat kaki - tak sanggup.
Dari zoo kami menuju ke Vigan City untuk singgah di Crisologi Museum tetapi sayangnya ditutup kepada pengunjung. Dari luar memang takde rupa muzium pun; tak ubah macam bangunan tinggal yang sedang menunggu masa untuk sujud menyembah bumi huhuhu. Dari situ perjalanan diteruskan untuk Burnayan - pembuatan pasu.
Tiada bayaran masuk untuk Bunayan ini tetapi dengan demo pembuatan pasu kami digalakkan untuk memberikan sumbangan tidak kira berapa nilainya sebagai tanda penghargaan. Sebagai balasan (kot hehehe), derang sedekahkan mangga pada kitaorang. Fresh, dipetik dari pokok. Mereka ada juga menjual pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk (murah ok) tetapi sayangnya barangan yang dipamerkan penuh habuk - macam tak terurus aje. Terus takde minat nak membeli huhuhu.
Craftman..
Kami dibawa 'Jojet' ke sebuah restoran terkenal di kalangan local. Beliau beranggapan asal tiada pork, yang lainnya kami boleh makan. Bukan tidak berbincang dengannya apa yang boleh dan tidak boleh dimakan tetapi rasanya beliau tidak faham apa yang kami cuba sampaikan. Takpelah, kami masuk ikut pintu hadapan dan keluar dari pintu sisinya hehehe. Tak sampai hati nak tengok muka kecewanya huhuhu. Kami singgah di shakey's pizza untuk vege pizza - selebihnya tawakal.
Harga sekeping pizza di sini lebih kurang harganya sepeti di Malaysia - takde beza pun...
* memang tak banyak gambar pun di Ilocos. Takde mood walaupun jenuh dok paksa diri huhuhu.
** bersambung untuk aktiviti petangnya pula.
