Day 5 : Gili Trawangan

Sunday, October 06, 2013

15.09.2013 : Gili Trawangan

Busy!! Hujung tahun, biasalah macam-macam benda nak kena buat. Harap-harap mampu bertahan walau hakikatnya penatnya rasa macam nak heret badan pun dah tak larat..

***

Masih lagi di Lombok.

Pagi ini bangun, satu badan sakit-sakit.  Mandi, kemas barang-barang dan terus breakfast. Dapat sms dari Pak Aziz, beliau akan tiba sekitar jam 9.00am untuk hantar kami ke Telok Kode dan kemudiannya akan ambil private bot menuju ke Gili Trawangan.

 
Inilah keadaan dorm di Wira Cafe & Guesthouse, Senggigi. Rp75,000/night, kiranyanya berbaloilah ne. Satu yang tak best kat sini, toiletnya.

Pak Aziz? Siapa tu?

Sebenarnya Pak Aziz ini merupakan supir merangkap tour agent kamilah. Beliau merupakan pemilik Lombok Friendly Tour and Travel. Beliau ajelah supir yang sanggup melayan idea 'giler' saya. Mana taknya dalam satu hari, kalau boleh satu pulau Lombok tu saya nak tawaf hehehe. Untuk makluman kawan-kawan, beliau akan meminta deposit Rp250,000 sahaja sebagai jaminan. Untuk harga service pula beliau meminta Rp375,000/person termasuk private boat transfer menuju ke Gili Trawangan. Oklah kot harga tu sebabnya service dia memang tip top, sangat berinformasi orangnya dan yang paling best, sporting (walaupun kuat membebel hehehe).

8.50am, beliau dah pun tiba di guesthouse. Dengan avanza, kami menuju ke Telok Kode (30 minit perjalanan dari Senggigi). Kami sempat singgah di Malimbu untuk berfoto-foto. Jadinya, dalam jam 11.00am baru kami tiba di Telok Kode dan berangkat menuju ke Gili Trawangan dengan private boat milik Pak Aji. Menurut Pak Aji, perjalanan akan mengambil masa 30 minit untuk tiba di Trawangan tetapi pertengahan perjalanan bot yang kami naiki dilambung ombak yang agak besar. Cemas jangan cakaplah; janganlah ada apa-apa yang berlaku.

 
Batu bolong dari Malimbu. Dari kejauhan, itulah Gili Trawangan.

 
View di Telok Kode

30 minit umpama 30 jam buat saya. Akhirnya, kami tiba juga di Trawangan. Di sini kami menginap di Dream Divers Resort dengan harga Rp364,000/night yang di booked melalui website booking.com. Awalnya nak stay di Gilihostel untuk dorm tetapi sayangnya hanya 5 katil sahaja yang available. Nak pindahkan 2 orang lagi ke hotel yang berasingan macam tak sampai hatilah pula. Jadinya, tak kisahlah bayar lebih kali ini untuk penginapan.

 
Inilah keadaan bilik saya dan anne; siap berkelambu bagai. Sungguh tak sesuai..

Bilik belum ready lagi so kami ambik keputusan untuk jalan-jalan sekitar gili untuk cari pakej snorkeling. Ada 2 pakej snorkeling iaitu public tour dan private tour. Untuk public tour, bot akan berangkat jam 10.00am dengan harga Rp100,000/person dan berangkat cuma sehari sekali sahaja. Untuk yang terlepas public tour memang kena ambil private tour lah kalau punyai waktu yang terhad di gili. Untuk private tour rata-rata harga yang ditawarkan oleh agent bermula dari Rp850,000 hingga Rp1.5juta/boat. Make sure tanya betul-betul samada harga ini sudah termasuk peralatan snorkeling atau pun tidak. Ini kerana ada agent yang menawarkan tour tidak termasuk alatan; maksudnya untuk semuanya perlu dibayar berasingan. Ada juga yang hanya menyediakan alatan tetapi untuk life jacket kita kena sewa dari harga Rp10,000 – Rp15,000 dan ada juga dah all-in tetapi harga memang mahallah. Ingat, tanya tanya betul-betul tau, jangan main belasah aje.

Harga paling rendah yang kami dapat adalah Rp850,000 termasuklah alatan snorkeling tetapi untuk life jacket kami dikehendaki menyewa dengan harga Rp15,000. Malas nak cerita panjang lebar, akhirnya kami bagi kata putus samada benarkan kami tukar fin dengan life jacket atau kami beralih ke agent yang lain. Akhirnya mereka setuju.

Kami berangkat dalam 1.30pm selepas makan, check in hotel dan solat. Menuju ke Gili Meno untuk snorkeling. Kawan-kawan ajelah yang turun. Saya dok bertapa atas bot macam biasa. Emm, dari review kawan2 coral di sini memang dah mati; katanya Redang 10x lebih cantik hehehe. Oleh kerana mereka tak berpuas hati dengan dasar laut di Gili Meno kami berangkat menuju ke Gili Air. Emm, review dari mereka oklah tapi masih juga tak mampu membuatkan mereka teruja. Kejap sangat pun kami di sini, bila boatman offer untuk singgah di Gili Air untuk makan, semua menolak. Baik lepak di Trawangan ajelah.


Makan di gili memang mahal. Untuk budget, makan ajelah di warung-warung yang boleh didapati di pinggir jalan. Yakinkan diri ok. Saya memang berminat dengan sate ajelah. Untuk 8 cucuk sate berharga Rp15,000. Must try, memang sedap especially kuahnya (kuahnya lebih menyerupai sambal).

[Gambar untuk snorkeling memang takde, malas. Viewnya sama aje seperti kali pertama saya ke sana]. Boleh rujuk entry lama saya.


Terus kembali ke hotel untuk membersihkan diri. Dalam 5.15pm, kami bergerak keluar. Kali ini nak cari basikal pula untuk ke Ombak Sunset bagi menyaksikan sunset yang dijangka bermula sekitar jam 5.30pm. Rata-rata harga untuk basikal adalah Rp15,000/jam. Mahal ke murah? Entahlah.

 
Kami ~ best!!best!!hehehe [Pic : Syafiq]

Penantian satu penyeksaan. Lagi terseksa bila nasib tak menyebelahi diri hehehe. Tunggu punya tunggu, alih-alih matahari menyorok pula di balik awan - tetiba awan tebal muncul. Memang takde rezekilah nak menyaksikan keindahan sunset di Gili Trawangan tapi tak mengapalah. Kitaorang lepak di Ombak Sunset sampai gelap.

Jom layan sunset.


 



Pulangkan basikal dan dikenakan extra charge sebanyak Rp7,000 kerana lewat pulangkan basikal dan kami terus menapak mencari makan. Kali ini kami menuju ke Art Market. Biasanya di malam hari, suasana di sini berubah dengan gerai-gerai menjual pelbagai pilihan makanan. Di sini jugalah boleh kita cari seafood dengan harga yang agak murah. Setelah puas mengelilingi market ini, kami mengambil keputusan untuk mencuba nasi ayam lalapan. Tak berapa kenalah pada saya sebab terlalu kering. Perut kenyang, jalan-jalan sat dan kembali semula ke hotel untuk zzzzzzzzz.

 
Ayam lalapan - terlalu kering buat saya. Bisa sembelit dibuatnya hehehe. 

 
Kuih-muih yang dijual di Art Market memang sebiji macam kuih yang dijual di Malaysia cuma berbeza dari segi namanya sahaja. Rasa pun hampir sama. Harga Rp5,000/pc


Info tambahan :
Pak Aziz (Lombok Friendly)
Website : www.lombokfriendly.com
Tel : +6281915972999

Dream Divers Resort
Gili Trawangan
Tel : +62370692047

Wira Cafe & Guesthouse
Jl. Raya Senggigi Km.8
Lombok
Tel : +62370692153

* Bersambung

You Might Also Like

16 comments

  1. Cantik tol rupa kuih bunga tu.. sayang rasanya nak dimakan... sejenis apam ke tu? Agaknya bnyk nyamuk ke kat dream divers resort tu... tu la smpai siap ada kelambu.. hi..hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kuih puteri ayu tapi versi lombok...rasanya lebih kurang macam puteri ayu kita cuma texture dia agak sikit padat dan kelapa atasnya tu pun byk sgt dan terlalu padat so kena buang sikit kelapanya tu baru ok sikit kalau nak makan...

      emm, bab nyamuk tu mungkin satu hal tapi bak kata kawan2 yang lain, macam lebih sesuai utk yg berpasangan aje hehehe

      Delete
  2. nasik lalapan ni femes betol kat area sana. kat miri pun ada. tp mmg kering la. dia punya kick pn sbb sambal belacan tu kalo sedap, mmg sedaplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa nak masuklah dgn nasi lalapan ne..kalau ada sedikit kuah mungkin ok..ne terlalu kering, senang je nak tercekik hehehe...

      Delete
  3. Zilla,

    Nanti email kat kita alamat k and berapa nak...
    anakomak6@gmail.com

    ReplyDelete
  4. wah dah lama tak tidor berkelambu bagai...agaknya sebab ada nyamuk ke atau memang diorang sediakan khas untuk couple

    kuih hijau tu macam kuih seri ayu kita jer...rasa tak yang itu? ada rasa yang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs.smile, saya rasa utk kedua2nya hehehe..kuih hijau tu mmg kuih putri ayu cuma saiznya lebih sama dan rasanya agak padat....

      Delete
  5. Replies
    1. menanti dalam debar ya? takpe, sat je tu dah bulan 5 hehehe

      Delete
    2. Salam zila...duit jaminan yg di bayar pd pak aziz tu...di bayar sebelum kamu ke lombok kan

      Delete
    3. ya zizi..kena bank in deposit sebelum pergi...

      Delete
  6. Dear Costumer..
    Thank you for great story about your experience with us in Lombok...
    http://www.lombokfriendly.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    kalo supir pak aziz tu Rp375,000/person tuk brape hari. .kalo 3,4 org bole ke x ek?
    best gle lombok.. xsabar nak pegi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Dwen

      Harga itu untuk 2 hari termasuk kos bot transfer ke gili trawangan dan terpakai tidak kiralah berapa orang..cuma saya tak sure kalau harganya dah naik..emm kalau ambil supir dari pak aziz/lombokfriendly, blh minta derang arrangekan budget hostel sekitar lombok..sebab byk penginapan murah yang tidak dipublish di internet...

      Delete
  8. Salam boleh saya tahu, dari pengalaman awak, kalau saya tak book ahead boleh ke tours ni semua book bila sampai senggigi aje. or lebih baik book ahead. dari airport lombok awa naik cab ke macam mana? terima kasih

    ReplyDelete

Subscribe