Posting sebelum ini dah pun saya sebut mengenai maninjau ne...jadinya kita layan gambar ajelah ye...


Danau Maninjau..

Pemandangan dari sudut yang berbeza...yang halus2 tu sangkar ikan ye kawan2...

pemandangan dari jarak dekat...

lagi pemandangan sangkar ikan tak tahu nama...

dekat lagi, beginilah rupanya sangkar2 tu..ala lebih kurang mcm sangkar ikan patin kat sg. pahang tu jugak..Nak ternak ikan, derang bergantung kepada arah tiupan angin. maknanya ada bulan2 yang derang tak boleh nak bela ikan sebab belerang ikan timbul dipermukaan yang akan menyebabkan ikan2 ini mati...

Pengangkutan utama derang dah tentunya sampan dan rakit..ada berani nak berdiri sebegitu rupa di atas rakit? :D kalo sayalah, belum sempat nak tegak, rakit sure dah terbalik dulu, maklumlah berat macam.... :P
tak taulah bunga apa boleh jumpa di kawasan keluk ke maninjau...
Pada sapa2 yang teringin nak ke maninjau, trylah bermalam di sana semalaman dan try buat aktiviti2 yg dianjurkan di sana...x rugi pun, pengalaman seumur hidup...
*kurang skemakan ayat yg saya gunakan berbanding sebelum ini :D



Dari airport kami ambil transit bas (tranex) untuk ke BT, dengan tambang sebanyak Rp18,000. Sangat serabut dengan suasana di airport, memang naik darahlah sebab dikerumuni oleh tukang2 teksi/van/bas...eee tension tau!! Siap ada aksi tarik-menarik lagi tu...huhuhu~Akhirnya kami nekad untuk ambil bas tranex ke BT..lega sangat2 bila dah dalam bas, jauh dari ulat2 yang ampehhh!! Untuk makluman, bas di sini memang tiada yang terus ke BT tau, kita akan dibawa ke Padang, trasit di syarikat bas yang kita naik, lepas tu terpaksa ambil van untuk ke BT dgn tambang Rp25,000 (kami kena 'kencing' pasal harga tambang ne, sepatutnya Rp16,000 aje kalo tak silap saya).


Minyak dah ada, jadinya terpaksalah patah balik ke Jam Gadang untuk ke pasar atas (shopping time!!!)..yeayy, saya berjaya menahan nafsu shopping tau (bangga giler ne hehehe); kawan saya tu pulak yang dok memborong sakan, rabak poket hehehe! Sini memang syurga kain ela lah, nak apa? semua ada. Cuma nasihat saya, survey lah dulu, bandingkan harga setiap kedai, kalo idak menyesal tau…paling penting jangan lupa tawar dgn harga yg serendah mgkn ye..



































